Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jgn Nak Happy Sangat! PKP Mungkin Dilaksana Semula Jika Rakyat Pandang Remeh Soal Kesihatan

Orang ramai tidak boleh berasa selesa dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang baru dijalankan oleh kerajaan kerana kemungkinan PKP akan dikenakan semula jika wabak Covid-19 di negara ini kembali meningkat.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Keselamatan), segala keputusan yang telah diputuskan adalah mengikut situasi semasa dan juga kadar jangkitan kes positif Covid-19 seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PEMANTAUAN KETAT BAGI SEMUA AKTIVITI

Tambah dia lagi, pasukan task force telah diperbanyakkan bagi mengawal segala aktiviti agar mematuhi segala Standard Operating Procedure (SOP) seperti yang disarankan oleh KKM. Semua premis yang kembali beroperasi telah pun diperiksa.

Selain aktiviti operasi ekonomi, pasukan pemeriksaan juga bertanggungjawab memeriksa individu dan akan terus mengambil tindakan undang undang jika terdapat sesiapa yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI

Dalam sidang media ini juga, Ismail Sabri telah memberikan contoh beberapa buah negara yang sudah pun membuka negara dengan lancar namun terpaksa mengenakan perintah berkurung kembali kerana peningkatan wabak covid.

“Kita perlu menjadikan negara Jerman, Korea Selatan dan China sebagai contoh kerana seperti kita tahu setelah mereka membuka kembali negara, mereka terpaksa menutup semula disebabkan situasi wabak kembali semula.”
“Di Arab Saudi yang tidak pernah melakukan perintah berkurung juga telah menguatkuasa perintah itu selama 5 hari bermula 23 Mei hingga ke 27 Mei.”

Kelonggaran Hari Raya yang telah diberikan kepada rakyat oleh kerajaan mestilah digunakan sebaiknya dengan mengikuti saranan KKM dan menjaga penjarakkan sosial.

HARGAI KEBEBASAN DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

Pada sidang media hari ini, Ismail Sabri telah menegaskan bahawa PKPB adalah bagi memulihkan ekonomi negara yang telah lumpur hampir 50 hari kerana tiada aktiviti yang boleh dilakukan disebabkan oleh PKP.

Namun begitu, rakyat mestilah bertanggungjawab keatas diri sendiri dan juka peka akan keadaan sekeliling. Kebebasan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan ini mestilah dipatuhi dengan penuh rasa tanggungjawab setiap individu.

Hal ini bagi mengelakkan peningkatan kes positif bagi wabak ini dan menghentikan penemuan kluster yang baru.

Sumber : RTM

Kongsi artikel ini: