Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam Agama Islam, pencapaian terbesar umatnya adalah dapat menghabiskan bacaan Al-Quran atau pun lebih dikenali sebagai khatam Al-Quran. Namun ianya diakui bukan lah perkara mudah untuk dilaksanakan.
Berikutan iman yang kadang kala ada naik dan turunnya membuatkan ramai yang tersungkur di tengah jalan. Untuk kekal istiqomah, seseorang itu harus berdisiplin dan kuat hati dalam melawan segala perasaan malas yang sering sahaja menghantui diri.
Membuka cerita soal khatam kitab suci ini, pelakon terkenal dan juga isteri kepada Nedim Nazri iaitu Nora Danish berkongsikan detik menyentuh hati ramai setelah dia berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran dengan jayanya.
Hari ini merupakan hari yang paling istimewa buat pelakon cantik ini apabila berjaya khatam Al-Quran sebelum tibanya bulan Syawal.
Tambah Nora, segala amalan bacaan Al-Quran tersebut disedekahkan kepada bapanya yang meniggal dunia sejak dia masih kecil lagi.
Awalnya dia sendiri tidak percaya kerana berjaya menghabiskan bacaan seawal 9 malam terakhir Ramadhan. Namun berkat dan kuasa Allah, semuanya berjalan dengan baik.
Dalam pada itu, Nora memberitahu yang dia akan mengkhatamkan semula bersama para ustazah kelak setelah keadaan pandemik kembali reda. Dia berterima kasih kepada rakan artis seperti Siti Elizad yang telah mendorongnya untuk berbuat demikian.
Antara rahsia kejayaan Nora dapat khatam awal adalah disiplin dalam mengamalkan bacaan. Awalnya bermula dengan satu muka surat kemudian menjadi 5 muka surat, bertambah kepada 10, 20, 30 dan seterusnya mencecah 150 muka surat sehari.
HIKMAH SEPANJANG PKP
Di akhir perkongsiannya, Nora Danish sempat mengucapkan terima kasih buat PU Hafiz kerana menyumbangkan Quran digital pen sebagai alat bantuannya mengaji.
Ini lah hikmah terbesar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila ramai antara kita mula kembali mengenal pencipta. Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata memberikan reaksi positif.
Mereka mengucapkan tahniah kepada Nora Danish dan menjadikan kejayaan selebriti tersebut sebagai suatu pembakar semangat untuk mereka turut serta mengamalkannya sepanjang Ramadhan.
Jelas lah bahawa setiap kejayaan adalah disertai dengan semangat yang berkobar-kobar dan juga disiplin diri yang tinggi. Yang penting positifkan minda tanpa toleh ke belakang.