Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bagi kaum hawa, penampilan diri merupakan aset utama mereka sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit asalkan diri sentiasa nampak lawa. Antara perkara paling sensitif pada diri mereka adalah bentuk dan juga berat badan.
Pantang naik sekilo je dah boleh merosakkan mood seseorang itu. Mereka lupa yang untuk kurus tidak memerlukan ubat atau suplimen. Yang penting jati diri dan berdisiplin dalam penjagaan pengambilan makanan.
Selebriti juga tidak lari dari menginginkan bentuk badan yang cantik. Salah seorangnya adalah Fatin Afeefa. Biarpun bergelar ibu kepada dua orang anak, namun Fatin masih mampu mengekalkan bentuk badan yang anggun mengalahkan anak dara.
Ditanya berkaitan rahsia penjagaan badan, Fatin memberitahu yang dia mengamalkan gaya hidup yang sihat. Jika tidak dia tetap akan berdepan dengan masalah berat badan. Menurut Fatin lagi, saiz pinggangnya kini hanya lah berukuran 24 inci.
Amalan ini lah yang merumitkan sesetengah wanita sebenarnya. Niat nak kurus tapi action kurang. Jika amalkan cara Fatin ini sudah pasti tiada lagi yang merungut soal berat badan.
Tambah Fatin, jika inginkan bentuk badan yang sempurna, para wanita perlu jaga permakanan. Ini kerana dengan makanan yang seimbang boleh mengelakkan obesiti atau masalah sakit kronik.
Secara keseluruhannya, untuk kaum hawa miliki bentuk badan yang cantik dan berat yang ideal bukan lah perkara mustahil. Anda perlu merancang dan kuat semangat dalam mengawal gaya hidup.
Ubah cara berfikir dan kekal positif dalam melakukan senaman biar pun agak perit pada awalnya. Jatuh cinta lah pada sesuatu yang kita benci, baru lah hasilnya memuaskan.