Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hny Sbb Akok, “Silent Billionaire” Balik Kelantan Naik Jet Peribadi. Tak Lokek Kongsi Nasihat Emas Utk Berjaya

Rata-rata impian setiap manusia adalah untuk berjaya dalam kehidupan masing-masing. Bermula dengan impian dan ianya mampu digapai jika kita berterusan fokus pada matlamat yang diinginkan.

Untuk berjaya ianya bukan lah semudah seperti yang disangka. Sebagai contoh dalam perniagaan, biar pun kita memiliki modal yang besar ianya belum menjamin kejayaan serta keuntungan buat kita.

Disebalik kejayaan kita mesti menimba ilmu terlebih dahulu dan mengharungi pelbagai cabaran bagi mematangkan lagi cara kita berfikir. Sebab itu lah bila kita bercakap dengan orang berjaya, mereka akan bercerita detik jatuh bangun dalam kehidupan.

Bercerita soal kejayaan, seorang pengguna Facebook, Hafizi Zain bercerita pengalamannya menaiki jet peribadi bersama seorang usahawan berjaya yang boleh dikenali sebagai “silent billionaire“.

Mereka menaiki jet peribadi menuju ke Kelantan hanya semata-mata untuk membeli kuih akok. Dalam pada masa yang sama, silent billionaire tersebut turut berkongsikan resepi kejayaan kepada orang ramai.

BERIKUT ADALAH 11 NASIHAT EMAS DARI SILENT BILLIONAIRE:
  1. When u do business, don’t put all eggs in one basket. Kalau basket tu jatuh, habis semua telur-telur tu akan pecah.. Asingkan 1 bisnes, 1 company. 1 projek, 1 company.. Jangan campur adukkan semua di bawah 1 company sahaja.
  2. Jangan menganggap cabaran ekonomi semasa menghalang utk kita buat bisnes. Sbg contoh, musim covid ni.. Memang ada bisnes yang tak boleh nak jalan.. Tapi ada banyak lagi peluang bisnes yang kita boleh lakukan dan boleh sukses. Explore dan terus take action. Kalau kita hanya terperap saja kat rumah mengenang nasib, memang rugi lah!
  3. Jangan pernah berhenti dari memberi sedekah..sedekah dan lupakan.. Lagi banyak sedekah, lagi banyak rezeki datang mencurah-curah. Utamakan sedekah kepada adik beradik dan saudara mara dahulu. Walaupun ada saudara mara yang pernah mengguris hati, sedekahkan juga tanpa berkira.
Hafizi Zain
  1. Buat bisnes yang tidak melibatkan loan bank. Sebab loan bank ni lah sebenarnya yang menyebabkan cash outflow company makin drop. Dapat untung je, buat bayar loan.. Baik tak payah.
  2. Banyakkan networking dengan orang-orang penting. Waktu mula-mula-mula networking, mungkin takde rasa apa yang perlu. Tapi one day, pasti akan ada benda yang kita saling perlukan pertolongan antara satu sama lain.
  3. Pekakkan telinga dengan apa yang orang berkata negatif tentang kita. Sebab setiap apa yang kita buat, hanya kita saja yang tahu. Orang lain tahu mengata jer.. so, the best solution, FOKUS dengan apa yang kita nak buat, dan apa yang kita nak capai.
  4. Plan betul-betul life kita. Umur sekian sekian, apa target kita.. Dari segi kerjaya, kehidupan, rumah, kereta anak dan lain-lain. Jangan kita hanya hidup mengikut arus semata-mata.
  5. Kena bijak mengambil peluang. Kadang-kadang peluang tu orang tak nampak.. hanya kita je nampak. tapi kita tak berani. sebetulnya, bila dah nampak peluang tu, grab cepat-cepat sebelum orang lain grab dulu.
  6. Bila berinteraksi dengan orang kenamaan, jangan tunjuk yang kita lemah. Kena tunjuk kita ni kuat dan ada kelebihan. Jangan hanya tunduk, diam dan setuju semata-mata dengan apa yang tengah dibincangkan bersama mereka. Lontarkan idea-idea bernas untuk mereka. Barulah mereka pandang tinggi dan berani bagi projek kat kita.
  7. Sekiranya kita nak business secara long term, elakkan dari melibatkan diri secara serius dalam politik. Sebab ianya sangat bahaya. Fokus kepada business.. bukan fokus kepada politik.
  8. Jangan terlalu nak ‘beremosi’ dalam bisnes.. Kalau kita buat satu2 bisnes, dan bisnes tu asyik rugi dan takde masa depan..Tutup saja bisnes tu.. tak perlu nak meratap sayu.. bina bisnes baru yang lebih profitable.
Kesimpulannya, dapat dilihat perwatakan seorang yang berjaya adalah berbeza darii kebiasaan. Mereka penuh dengan ilmu, matlamat juang yang tinggi dan juga optimumkan segala kelebihan dalam diri.

Semoga perkongsian ini membuka mata orang ramai yang sedang berusaha mengubah cara hidup dan menjadi individu yang berjaya.

Kongsi artikel ini: