Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Tak Jadi Boikot! Ibu Bapa Berpusu2 Bawa Anak Shopping Raya Cetus Kebimbangan Ramai

Baru-baru ini, gedung pembekal kain terkenal tanah air, iaitu Jakel menerima impak luar biasa daripada pelanggannya apabila salah seorang ahli keluarga mereka telah menyentuh isu bangsa di media sosial.

Hal tersebut telah membangkitkan rasa kurang selesa ramai yang beranggapan Jakel tidak bersyukur bahawa selama ni orang Melayu lah yang banyak menyokong produk keluaran mereka sehingga berjaya kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Abaikan Gedung Kain Terkenal, Netizen Lancar Sokongan “Shopping” Butik Ustaz Ebit Lew Pula

Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pihak Jakel dalam membetulkan keadaan agar orang ramai tidak salah faham berkenaan isu terbabit.

RAMAI YANG MULA BERASAK DALAM JAKEL

Dalam perkembangan terbaru, gedung Jakel dilihat kembali pulih dan mula dikunjungi orang ramai yang mula memasang impian membuat persediaan menjelang Syawal.

Isu baru mula timbul apabila pelanggan yang hadir ke gedung tersebut seolah-olah mengabaikan Standard Of Procedure (SOP) seperti mana diarahkan oleh pihak kerajaan dalam mengekang pandemik.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Naim meluahkan rasa gusarnya melihat orang ramai yang berpusu-pusu mengunjungi gedung berkenaan sambil membawa anak kecil.

SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN?

Langsung tiada perasaan bimbang dalam diri mereka. Dalam entri Ahmad, dia meluahkan kekeliruan pihak mana yang perlu dipersalahkan dalam keadaan sebegitu sama ada pengujung atau pun pemilik premis.

Ini lah yang berlaku apabila kerajaan memberikan seidkit kelonggaran namun disalah guna oleh rakyat. Lihat sahaja hasil perkongsian Ahmad ini, rata-rata pengunjung yang hadir ke Jakel seboleh-bolehnya nak bawa satu keluarga.

BERTANGGUNGJAWAB PADA DIRI SENDIRI DAHULU

Melihat kepada reaksi netizen, mereka turut meluahkan rasa hampa kepada ibu bapa terutamanya. Soal kesihatan adalah tanggungjawab diri sendiri terlebih dahulu. Jika kita tidak peduli soal diri sendiri, tiada siapa yang boleh bantu.

Mereka juga sempat menyeru agar ibu bapa yang beria untuk meyambut hari raya agar tidak membawa anak kecil. Bila berada di kawasan sesak, risiko jangkitan adalah sangat tinggi.

Suka penulis ingatkan bahawa kita jaga kita. Keluar jika ada keperluan sahaja. Rasanya tidak salah jika tidak terlalu beria menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini memandangkan kesihatan adalah keperluan utama.

Kongsi artikel ini: