Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Malu Bergelar Artis! Amir Raja Lawak Laku Niaga Air Jagung Di Kaki Lima, Jadi Contoh Orang Ramai

Untuk menjadi individu yang berjaya dalam perniagaan kita perlu tampil berbeza dari orang lain. Tidak dinafikan yang ujian dan cabaran perlu dilalui terlebih dahulu agar kita dapat belajar selok belok. Bak kata orang tua belajar dari pengalaman.

Kehidupan pada era modenisasi memerlukan sumber kewangan yang cukup. Jadi rata-rata rakyat perlu melakukan lebih dari dua kerja dalam sesuatu masa baru lah dapat memperoleh kesenangan.

AMIR RAJA LAWAK TAK MALU BERNIAGA DI KAKI LIMA

Tambahan bila hidup di Bandar yang segala benda memerlukan perbelanjaan yang sangat besar. Bergelar artis bukan lah penghalang untuk berniaga di tepi jalan atau pun kaki lima. Itu lah yang dilalui oleh bekas peserta Raja Lawak Musim ke-3 iaitu Amir.

Keletihan di bulan puasa tidak menghalang Amir untuk meneruskan perniagaan Air Jagung Amirreka yang telah dia usahakan sejak 3 tahun yang lalu. Melihat kepada perkongsian Amir di laman Instagram, didapati perniagaannya mula mendapat permintaan yang tinggi.

MULA DENGAN MAIN-MAIN AKHIRNYA JADI SERIUS

Bermula hanya dengan main-main akhirnya ia berubah kepada perniagaan yang lebih serius. Air jangung tersebut difahamkan dijual dengan harga RM5 sebotol dan menyediakan khidmat Cash On Delivery (COD) bagi sekitar Kajang dan kawasan berdekatan.

Usaha Amir Raja Lawak ini harus dipuji. Biar pun bergelar artis, dia mengetepikan soal malu untuk mencari rezeki yang halal buat keluarganya.

Lihat sahaja di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan pelawak ini terus dimurahkan rezeki dan perniagaannya dapat berkembang dengan lebih maju lagi di masa hadapan.

SAMA-SAMA MENYOKONG PERNIAGAAN ANAK MUDA

Mereka juga meminta agar orang ramai terus menyokong perniagaan anak melayu yang bermula di jalanan ini. Tanpa sokongan sudah pasti sesuatu perkara tidak dapat dibangunkan dengan baik.

Secara keseluruhannya, bergelar artis bukan lah tiket untuk kita untuk hidup dalam keadaan mewah. Guna kan peluang dan nama yang ada untuk memasarkan produk kepada peminat dan lebih berkembang kelak.

Tahniah penulis ucapkan kepada Amir Raja Lawak kerana tampil unik dengan cara tersendiri. Semoga perniagaan terus maju dan kekal mendapat sambutan ramai.

Kongsi artikel ini: