Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hijrah Ke Luar Negara! Rihana Oksana Dedah Punca Anaknya Tidak Selamat Tinggal Di Malaysia

Dah lama tak dengar kisah mengenai bekas Ratu Rusia dan juga anak lelaki kesayangannya iaitu Ismail Leon. Dahulu dirinya pernah menjadi tumpuan rakyat Malaysia perihal perkahwinan bersama Sultan Kelantan.

Sumber Instagram Rihana Oksana
RIHANA MERANCANG PINDAH KE LUAR NEGARA

Namun sehingga hari ini ianya masih menjadi persoalan ramai status sebenar mereka. Setelah lama tidak mendengar khabar, terbaru perkongsian Rihana di laman Instagram sekali lagi menarik mata netizen.

Ini berikutan pada awalnya dia memaklumkan kepada pengikut hajatnya untuk berhijrah ke luar Negara dan mencari penetapan baru buat Leon. Dalam banyak-banyak komen, muncul individu yang bertanya Negara pilihan dan kenapa tidak memilih Malaysia.

Sumber Instagram Rihana Oksana
BERI GAMBARAN KEADAAN ANAKNYA TIDAK SELAMAT DI MALAYSIA

Rihana memberi maklum balas berkaitan soalan tersebut. Dalam jawapannya dia menggambarkan keadaan anaknya tidak selamat untuk berada di Malaysia. Sekali gus ia mengundang tanda Tanya ramai berkaitan isu tidak selamat.

Sumber Instagram Rihana Oksana

Ada yang beranggapan bahawa Leon tidak selamat berkemungkinan akan dirampas oleh pihak istana. Jelas Rihana lagi, dia bimbang soal politik yang ada di Malaysia dan sistem monarki yang diamalkan.

Sumber Instagram Rihana Oksana
PERNAH TUNTUT HARTANAH DENGAN SULTAN KELANTAN

Kemelut antara Rihana dan Sultan Muhammad V dilihat tidak berkesudahan apabila Rihana menfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia dan menamakan Sultan Kelantan tersebut sebagai defendan.

Rihana yang menuntut elaun sebanyak RM123,000 berserta hartanah di Moscow dan juga London yang mencecah RM47 juta.

Sumber Instagram Rihana Oksana
ARTIKEL BERKAITAN: Tuntut Hartanah RM47 Juta! Rihana Oksana fail petisyen tentukan DNA bapa kepada anaknya, Leon Ismail
ARTIKEL BERKAITAN: Ragu soal anak! Sumber Istana Kelantan dedah Rihana Oksana menolak 2 kali ujian DNA

Dalam pada itu, Rihana Oksana sehingga kini menegaskan bahawa Ismail Leon adalah anak sah hasil perkahwinan mereka terdahulu.

Apa pun kita doakan yang terbaik buat Sultan Kelantan. Dewasa kini terlalu banyak perkara dusta disebalik kebenaran. Semoga kemelut mereka dapat menemui titik penyelesaian kelak.

Kongsi artikel ini: