Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dtg Naik Tongkang, Balik Naik Flight! Beratus PATI Myanmar Berjaya “Diusir”, Jadi Perhatian Netizen

Sejak akhir-akhir ini, rakyat mula menyuarakan kebimbingan dengan kebanjiran warga asing di Negara kita. Lihat sahaja keadaan ibu kota yang kebanyakan premis-premis mula dikuasai peniaga asing.

Tak cukup dengan itu, timbul pula isu pelarian Rohingya yang menuntut hak-hak yang tidak sepatutnya di Negara kita. Sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pihak. Justeru, mereka meminta pihak berkuasa lebih tegas dalam menangani kebanjiran warga asing ini.

PERTAHANAN NEGARA SEMAKIN KETAT SEJAK PKP

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini, ianya telah memudahkan pihak berkuasa untuk bertindak memperketatkan lagi pertahanan dan juga sempadan Negara daripada kemasukan PATI.

Lihat sahaja beberapa siri kisah kejayaan pihak berkuasa dalam mengusir usaha PATI yang cuba memasuki perairan Negara kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Putus Asa! Dua Bot PATI Rohingya Bersiap Sedia, Hanya Tunggu Masa Memasuki Perairan Negara
PATI MYANMAR BERJAYA DIHANTAR PULANG MENERUSI 2 PENERBANGAN

Dalam perkembangan terbaru, setelah berjaya membuat penangkapan mereka yang masuk secara haram dan tidak mempunyai dokumen yang sah, pihak Imigresen Malaysia telah menghantar pulang ratusan warga Myanmar.

Dikhabarkan mereka dihantar pulang melalui dua penerbangan pada 11 Mei lepas. Perkara ini dikongsikan sendiri di Facebook Friends of Imigration 2.0 dengan memaparkan PATI duduk di lapangan terbang sambil diawasi pihak berkuasa.

Jumlah keseluruhan PATI yang berjaya dihantar pulang adalah 395 termasuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak. Ianya adalah hasil kerjasama dari kerajaan Malaysia dan juga Myanmar sendiri.

JANGAN BAGI MUKA, TERUS TEGAS DENGAN WARGA ASING

Melihat kepada reaksi pengguna laman maya, mereka sangat bersetuju dengan tindakan yang diambil dalam memastikan Negara bebas dari kemasukan PATI. Jika asyik diberi muka sudah pasti mereka akan naik toncang.

Mereka juga dilihat sempat mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada pihak berkuasa dalam menjayakan tugas berkenaan.

Secara keseleruhannya, masing-masing perlu memainkan peranan dalam memberi maklumat kepada pihak berkuasa kedudukan dan cara PATI memasuki Negara. Dengan ini memudahkan lagi kerja membanteras aktiviti mereka di Negara kita.

Kongsi artikel ini: