Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bulan Ramadhan adalah bulan mulia bagi umat Islam. Pada ketika ini lah ramai yang berlumba-lumba untuk mengejar amal ibadat yang mungkin selama ini terlepas pandang.
Ganjaran untuk setiap kebaikan sepanjang bulan ini juga berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Disebabkan itu lah kita akan berasa sangat rugi jika tidak menggunakan peluang ini sebaik yang mungkin.
Bercerita soal rahmat bulan Ramdhan ini, para selebriti turut tidak melepaskan peluang. Salah seorang darinya adalah penyanyi terkenal kelahiran Sabah iaitu Zizi Kirana. Umum sudah pun peka dengan penampilan penyanyi cantik ini yang sering sahaja memukau mata orang ramai.
Hampir separuh bulan kita mengharungi puasa, dapat diperhatikan yang Zizi kini mula mengenakan hijab dalam setiap gambar yang dimuat naiknya di laman Instagram.
Sudah pasti dengan penampilan yang menutup aurat sebegitu menambahkan lagi kecantikan dan kemanisan penyanyi yang berusia 35 tahun ini.
Melihat kepada reaksi pengikutnya, rata-rata memuji kecantikan Zizi dengan berpakaian sopan dan tidak lagi menjlok mata seperti kebiasaan. Ada yang sempat berseloroh mengatakan yang dia bakal dibanjiri dengan pinangan ramai jejaka selepas ini.
Dalam pada masa yang sama juga, peminat turut mendoakan agar penyanyi kelahiran Akademi Fantasia tersebut tidak berakhir di bulan Ramadhan sahaja. Mereka berharap Zizi terus istiqomah sampai bila-bila.
Rugi lah jika kita hanya mengambil peluang ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Jadikan bulan Ramadhan sebagai asbab untuk kita semua berubah menjadi yang lebih baik lagi dari aspek rohani dan juga jasmani.