Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak beberapa hari lalu, politik Negara menjadi gamat seketika apabila pati pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) menyuarakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri hari ini daripada Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehubungan dengan itu, tampil beberapa individu memberi pandangan masing-masing berikutan keadaan Negara dan dunia yang sedang mencabar tatkala ini. Terutama soal pandemik dan juga ekonomi.
Salah seorangnya adalah Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) iaitu Shahir Adnan yang meminta agar ahli politik semua duduk dalam tempoh bertenang dan berlaku ihsan kepada rakyat.
Ini berikutan rakyat berdepan dengan situasi tertekan dan terbeban dengan kemelesatan ekonomi. Umum sudah pun sedar yang harga minyak dunia mula jatuh menjunam. Dalam pada masa yang sama ramai yang hilang pekerjaan sehingga bergolok gadai.
Jelas Shahir lagi, pada masa ini kita perlu memberi ruang serta peluang kepada Perdana Menteri untuk menfokuskan masalah rakyat dan bukannya agenda politik semata-mata.
Sudah pasti rakyat inginkan pemimpin yang mampu menangani krisis yang melanda dimana telah dibuktikan PN sepanjang tempoh beberapa bulan ini.
Ujarnya lagi, saat Negara kita bakal menerima gelombang baru pandemik, wujud pula sesetengah ahli politik yang kalut persoalkan politik tanpa memikirkan implikasi kepada rakyat.
Tambah Shahir, dia menyeru semua ahli politik termasuk pembangkang menfokuskan masalah rakyat di daerah masing-masing demi mensejahterakan mereka.
Melihat kepada reaksi semasa rakyat, rata-rata mereka gembira dengan kelakuan dan corak pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana bersikap seperti seorang abah. Rasanya tidak salah jika dia diberi peluang untuk buktikan kredibilitinya kepada rakyat.