Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ustaz Kazim Elias Dikejarkan Ke Unit Kecemasan! Berikut Pendedahan Pembantu Peribadinya

Tahap kesihatan diri bukannya bergantung pada faktor usia. Untuk sentiasa kekal sihat dan cergas, kita disarankan agar kekal melakukan aktiviti sihat di masa lapang dan juga mengambil makanan berkhasiat senantiasa.

USTAZ KAZIM ELIAS DIBAWA KE UNIT KECEMASAN

Bercerita soal kesihatan, pendakwah bebas terkenal iaitu Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih selesa disapa Ustaz Kazim difahamkan kini berada dalam keadaan kurang sihat. Hal ini disahkan sendiri oleh pembantu peribadinya.

Dikhabarkan Ustaz Kazim sudah pun dibawa ke unit kecemasan salah sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak pada jam 2.30 petang semalam bagi membuat saringan pemeriksaan kesihatan.

Menurut pembantu peribadi, Ustaz Kazim sering berasa kurang sihat sejak akhir-akhir ini. Dalam tempoh dua minggu kebelakangan, dia mengalamai sakit pinggang dan belikat serta mengalami masalah kembung perut.

BIMBANG USTAZ ADA BATU KARANG

Keadaan itu berlarutan sehingga lah petang semalam dan ianya masih tidak berkurangan. Jadi mereka mengambil keputusan untuk membawa Ustaz Kazim untuk dirujuk ke hospital.

Sumber Facebook

Awalnya mereka bimbang jika ustaz ada batu karang. Namun menurut doktor semuanya dalam keadaan baik dan bebas dari penyakit tersebut. Sejurus itu, difahamkan ustaz dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah.

Pihak hospital telah mengambil beberapa ujian dan keputusannya dijangka diperoleh hari ini. Namun sehingga kini masih belum dikhabarkan berkaitan perkara tersebut.

Jelas pembantu peribadi lagi, Ustaz Kazim pernah dibawa ke Poliklinik sebelum ini dan hasil diagnosa mendapati ustaz mengalami masalah gastrik yang juga berkemungkinan kesan berpuasa dan pengambilan ubat sakit jantung yang dihidapi sebelum ini.

RAMAI NETIZEN MENDOAKAN KESIHATAN USTAZ KEMBALI PULIH

Melihat kepada perkongsian Ustaz Kazim sendiri di laman Facebook miliknya, dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan beliau. Ramai yang memintanya untuk amalkan permakanan dan gaya hidup yang sihat.

Sumber Facebook

Melihat kepada komen netizen, rata-rata mendoakan agar Ustaz Kazim diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala. Tambah lagi, mereka tidak sabar untuk melihat ustaz beraksi di Facebook live.

Natijahnya, mutakhir ini ramai orang muda terkena penyakit yang dahulunya hanya menghantui mereka yang berumur. Kini tidak lagi, sesiapa sahaja yang lalai dengan penjagaan kesihatan turut terkena tempiasnya.

Kongsi artikel ini: