Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Masih Dalam Proses! Muka Je Cina, Jasmine Suraya Buka Cerita Yg Ramai Tak Tahu Tentang Dirinya

Bangsa tidak menentukan seseorang itu fasih bekenaan Bahasa ibunda mereka. Termasuklah pelakon cantik berbangsa cina iaitu Jasmine Suraya yang mengakui tidak fasih untuk berbahasa mandarin.

TAK FASIH BAHASA MANDARIN

Jelas Jasmine, dia perlu fasih untuk berbahasa Mandarin jika dia ingin mengembangkan kariernya ke luar Negara. Jadi bersempena dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jasmine menggunakan peluang tersebut untuk belajar.

Menurutnya, dia telah mengambil kelas Bahasa Mandarin secara atas talian bagi mengisi masa yang terluang.

“Tak bosan sangat sepanjang tempoh PKP kerana saya sedang mengikuti kelas Bahasa Mandarin secara online bersama seorang guru.”
“Walau pun saya orang cina tapi saya tak fasih berbahasa Mandarin. Memandangkan saya ada letak impian nak kembangkan bakat di luar Negara jadi saya kena pandai cakap Mandarin.” Memetik kenyataan daripada mStar Online.

AMBIL KELAS SEBAGAI PERSEDIAAN

Tambah Jasmine lagi, tujuan dia belajar Bahasa Mandarin kini untuk persediaan di masa depan. Jika terima tawaran dari luar sudah pasti memerlukan dia untuk membawa watak Cina.

Pada masa ini, peluang untuk memasuki pasaran antarabangsa lebih terbuka memandangkan banyak platform yang boleh kita terjah seperti Netflix dan bermacam lagi. Jadi persediaan kena lebih teliti.

Sebelum ini Jasmine juga kurang fasih berbahasa Melayu, tetapi bila ingin masuk ke pasaran dia mengambil inisiatif untuk mendalami Bahasa Kebangsaan agar mudah bertutur.

Difahamkan Jasmine mengambil kelas selama enam bulan di Aswara untuk bercakap Bahasa Melayu. Setiap hari dia akan layan drama Melayu dan bercakap dengan kuat sebagai amalan dan membiasakan diri.

SEJAK KECIL DIAJAR BERCAKAP BAHASA INGGERIS

Ramai yang pelik artis cantik ini tidak fasih dalam Bahasa Mandarin. Jelas Jasmine, dia dan keluarga banyak bertutur dalam Bahasa Inggeris sejak dia kecil lagi. Hanya bercakap Mandarin dan Melayu sekali sekala sahaja.

Secara keseluruhan, bila kita berkehendak, sudah pasti impian akan tercapai. Yang penting jangan cepat mengalah dan sentiasa berusaha dalam kerjaya yang kita ceburi.

Sumber: mStar Online
Kongsi artikel ini: