Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cinta Buta Kayu! Influencer Wanita Kahwin Dengan Anak Tiri, Jadi Perhatian Ramai

Memang sikap manusia suka melakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah kehidupan. Semakin dilarang, semakin asyik mereka melakukan. Mendengar kepada tajuk, ianya tidak mustahil bagi kehidupan manusia zaman sekarang.

WANITA BERKAHWIN DENGAN ANAK TIRI

Seorang wanita yang juga influencer di media sosial telah mendapat kritikan dari pengikutnya kerana bertindak berkongsi gambar bersama anak tiri yang dikahwininya semasa dia kecil lagi.

Sumber Instagram

Entah di mana silapnya sehingga wanita berkenaan langsung tiada perasaan bersalah. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di daerah Krasnodar Krai, barat Rusia. Wanita berkenaan dikenali sebagai Marina Balmasheva di laman Instagramnya.

Dia dahulunya pernah berkahwin dengan Alexy dan hidup bersama 10 tahun sebelum mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.

Tidak mengalah dengan perhubungan, akhirnya Marina mendapatkan pasangan baru yang juga anak tirinya, iaitu Vladimir yang berusia 20 tahun.

MUAT NAIK PERBANDINGAN GAMBAR LAMA DAN TERBARU

Wanita yang berusia 35 tahun itu ada memuat naik posting terbaru di media sosial yang menunjukkan perbezaan gambar mereka bersama sewaktu Vladimir berumur 7 tahun dan juga terkini, 20 tahun.

Sumber Instagram

Melihat kepada reaksi pengikut Marina, mereka tidak bersetuju dengan hubungan yang dilakukan oleh mereka berdua ini. Hal ini berikutan ianya di luar norma manusia dan juga bercanggah dengan kepercayaan mereka selama ini.

BAHAGIA DENGAN ANAK TIRI DAN MERANCANG UNTUK MILIKI ANAK

Walau bagaimanapun, Marina menegaskan yang dia amat bahagia bersama anak tirinya itu malah mencintai Vladimir sepenuh hati. Mereka juga dalam perancangan untuk memiliki zuriat bersama.

Biar pun ramai yang menghukum hubungan Marina, tetapi dia tetap berasa gembira kerana dipertemukan dengan individu yang mampu buat dia tersenyum seperti sekarang.

Sumber Instagram

Kesimpulannya, hanya yang mengalami masalah psikologi sahaja yang mengiktiraf hubungan sebegini. Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara yang dilarang oleh agama demi kepuasan diri semata-mata.

Diharapkan perkongsian ini mampu menyedarkan kita tentang batas serta hakikat sebenar kisah seorang ibu dan juga anak tiri.

Kongsi artikel ini: