Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bagai Ada Sinar Baru! Sharnaaz Tinggalkan “Ucapan” Di IG, Beri Gambaran Sudah Berbaik Dgn Nabila

Rumah tangga pasangan selebriti antara Sharnaaz Ahmad dan juga Noor Nabila menjadi perhatian peminat sejak tahun lalu lagi. Mereka dilihat berantakan setelah dilaporkan Nabila memfailkan pencraian mereka di mahkahmah.

Walau bagaimanapun, menurut kenyataan dari Sharnaaz dia akan cuba sedaya upaya menyelamatkan rumah tangga mereka. Seingat penulis, Sharnaaz pernah mengatakan yang tujuannya berkahwin bukan lah untuk berpisah.

Jika perpisahan berlaku, dia pastikan yang ianya bukan datang dari pihak Sharnaaz sendiri. Ada betulnya juga bahawa setiap hubungan boleh diselamatkan jika saling memberi kerjasama. Jika dah tawar hati, bina semula perasaan itu sebagai mana awal percintaan.

BERI BAYANGAN HUBUNGAN KEMBALI BAIK

Dalam perkembangan terbaru, pasangan ini dilihat memberi bayangan ada sinar baru buat rumah tangga mereka. Seakan kembali pulih apabila komen Sharnaaz di laman Instagram seolah-olah mereka sudah pun berbaik.

Umum sudah pun mengetahui semalam iaitu 10 Mei merupakan sambutan Hari Ibu. Di kesempatan tersebut, Sharnaaz dilihat sempat memberikan komen dengan mengucapkan selamat hari ibu buat isterinya, Nabila di Instagram Jebat Jayden.

Secara tidak langsung komen dari Sharnaaz telah menarik perhatian ramai. Ianya telah mendapat lebih 2,000 tanda suka daripada peminat, yang gembira dan mengharapkan pasangan ini dapat bersatu semula.

RAMAI PEMINAT INGIN LIHAT MEREKA BERSATU

Melihat kepada reaksi netizen, rata-rata mereka meninggalkan komen agar pasangan ini kembali pulih seperti sedia kala demi kebaikan anak kesayangan, Jebat Jayden yang memerlukan kasih sayang ibu bapa yang sempurna.

Mereka juga dilihat sempat menitipkan doa agar rumah tangga Sharnaaz dan Nabila sentiasa kekal sejahtera.

PERKONGSIAN SHARNAAZ DILIHAT BERADA BERSAMA NABILA

Menguatkan lagi hubungan mereka kembali baik, sejak akhir-akhir ini Sharnaaz kerap kali memuat naik entri di Instagramnya memperlihatkan Jebat yang berada di rumah Nabila. Seolah-olah mereka kembali tinggal sebumbung.

 

View this post on Instagram

 

Salam Ramadhan yg mulia dari kami.. anak ba, boleh posa tak esok? Kalau cek posa, ba yg bersemboq nasi ikot hidung..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Walau bagaimanapun, kedua mereka masih mendiamkan diri dan tiada kenyataan rasmi berhubung keadaan semasa mereka.

Kalau dah jodoh, tak kan lari ke mana. Yang penting masing-masing perlu buang ego dan menanam semula rasa cinta seperti mana dahulu. Semoga kedua mereka menemui kebahagiaan seperti mana diinginkan.

Kongsi artikel ini: