Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hanya “Satu Kenyataan”, Terus Kena Your Mother is Green! Warga UK Kena Tarbiah Tentera Bawang Malaysia

Selain memiliki aset ketenteraan ATM dan juga PDRM dalam mengawal kedaulatan Negara, Malaysia juga memiliki aset ketenteraan di alam maya yang dikenali sebagai “Malaysian Onion Army”.

Mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama Negara, mereka terlebih dahulu tampil pertahankan maruah dengan karangan padu yang kadang-kalanya tak tercapai dek akal fikiran kita.

Ada kalanya mencuit hati juga perkataan-perkataan yang mereka gunakan dalam “membasuh” minda orang luar dan membetulkan persepsi mereka yang memandang rendah mengenai Negara Malaysia.

WARGA UK KENA SERANG DENGAN MALAYSIAN ONION ARMY

Dalam kejadian terbaru, seorang pengguna Twitter dari United Kingdom (UK) telah mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap Malaysia sehingga menimbulkan rasa kurang senang rakyat.

Hal ini bermula apabila Ketua Setiausaha Negara UK iaitu Dominic Raab ada menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Malaysia di atas kerjasama penghantaran 200 tan sarung tangan kepada Negara berkenaan sebagai kegunaan barisan hadapan mereka.

Walau bagaimanapun muncul seorang pengguna dikenali sebagai Greg mempertikaikan kualiti sarung tangan yang dibekalkan dan juga meminta untuk ditunjukkan di mana Negara Malaysia dalam pemetaan dunia.

KALAU PERCAYA DENGAN KNDOM, ANDA BOLEH PERCAYA DENGAN MALAYSIA

Sudah pasti perkara ini menyinggung rakyat Malaysia terutamanya. Tidak melengah masa, tentera bawang (Onion Army) menjalankan misi membasuh minda Greg secara berkala. Antara perkara yang mereka tekankan adalah:

1. Tahap efisyen penjagaan kesihatan Malaysia jauh lebih tinggi dari UK.

2. UK adalah Negara kedua paling tinggi angka korban dalam pandemik Covid-19.

3. Malaysia telah memulakan persediaan untuk menghadapu pandemik sejak Disember 2019 dan UK pula masih terpinga-pinga soal itu.

4. Angka korban Covid-19 di Malaysia hanya 106 manakala UK adalah 30,615 orang.

5. Kebanyakan kndom dihasilkan di Malaysia dan pengeluar kndom terbesar dunia ada di Malaysia. Jika kamu percaya pada kndom buatan Malaysia jadi seharusnya kamu juga boleh percaya sarung tangan dari Malaysia.

6. Pengeluar sarung tangan terbesar dunia adalah Top Glove Malaysia.

Kredit: Twitter Fifa Rahman
BERTUBI-TUBI DIASAK

Tak kering gusi melihat rakyat Malaysia yang bertubi-tubi menyerang Twitter Greg hanya kerana kenyataan yang dia keluarkan.

Your mother is green (mak kau hijau).

Sangat jelas di sini bahawa jangan cuba bermain api dengan rakyat Malaysia di media sosial. Terlajak kereta masih ada gear gostan. Tapi kalau dah tersalah cakap boleh jadi kemurungan.

Apa pun terima kasih diucapkan kepada Dominic Raab di atas ucapan penghargaan kepada rakyat Malaysia. Dah orang buat baik, layan lah secara baik kan.

Kongsi artikel ini: