Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Peminat sudah pun maklum bahawa Fizo Omar dan juga Azar Azmi pernah gagal dalam hubungan dengan pasangan masing-masing sebelum ini. Dan dari situ lah mereka mula belajar untuk lebih berhati-hati dengan hubungan di masa depan.
Sejak akhir-akhir ini peminat mula menghidu ada sesuatu antara Fizo dan juga Azar. Lihat sahaja adengan mereka yang semakin mesra dan kerap tampil bersama di media sosial.
Menjawab segala desas-desus ini, Fizo Omar tidak menolak ura-ura tersebut dan mengakui sedang berkawan rapat dengan aktres cantik berkenaan.
Buat masa sekarang Fizo dan Azar tidak pernah lagi berbincang soal cinta. Jika ada cinta maka ada lah. Tambah Fizo, kalau jodoh tu kuat tidak perlu pun untuk bercinta dan berkasih sayang bagai nak rak.
Jika ditakdirkan bersama, Fizo juga tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua dalam hidupnya. Dengan keadaan sekarang, dia masih lagi menemui pengganti hati.
Di usia yang sudah memasuki 35 tahun, kalau boleh Fizo pun tidak mahu lama hidup bujang. Dan pasangan perlu lah dari mereka yang sentiasa menyokong dan memahami kerjaya.
Tahun ini merupakan pengalaman baru buat Fizo kerana menyambut bulan Ramadhan tanpa isteri setelah berpisah dengan Mawar Karim pada Julai tahun lalu. Tetapi nasib baik ada ibu yang tinggal bersama dan menemani.
Keseluruhannya, sama-sama lah kita nantikan penghujung kisah antara Fizo dan Azar ini. Jika ada sesuatu antara mereka, semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. Rasanya tak salah dah kalu masing-masing bujang dan belajar dari kesilapan lalu.