Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Perlukan Rehat! 5 Bulan Bertinju Dgn Covid-19, PM Beri Dr Noor Hisham “Cuti” Buat Sidang Media Hari Ini

2020 merupakan tahun yang paling mencabar buat umat manusia. Covid-19 bukan sahaja terkesan pada kesihatan malah ianya merangkumi ekonomi dunia juga. Lihat disekeliling bahawa usahawan kecil mula tutup kedai kerana tidak mampu meneruskan aktiviti.

INDIVIDU PENTING YANG DINANTI-NANTIKAN RAMAI

Di Malaysia, individu penting dalam mengekang pandemik ini ialah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Dia sering sahaja memakai jaket hitam dan muncul di kaca televisyen pada sebelah petang dalam menyampaikan perkembangan semasa pandemik di Negara kita.

Memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan bukan lah hal yang mudah. Dia antara individu terpenting di Malaysia dalam menangani dan wabak berkenaan.

Kemunculannya ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Perkara yang paling melegakan netizen apabila dia tampil mengumumkan jumlah kes yang dijangkiti dan pulih menurun berbanding sebelumnya.

DR NOOR HISHAM DAPAT CUTI DARI BUAT SIDANG MEDIA

Difahamkan, setelah 5 bulan Dr Noor Hisham bertungkus lumus “bertinju” dengan pandemik ini, dia telah diberikan cuti oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.

Maksud cuti di sini bukan lah secara keseluruhannya. Dr Noor Hisham masih lagi menjalankan kerjanya dan tugas lain seperti biasa. Cuma dia berehat daripada melakukan sidang media untuk hari ini sahaja.

KKM AKAN MENGELUARKAN KENYATAAN MEDIA

Justeru, sidang media KKM bagi perkembangan terkini pandemik dibatalkan. Bagaimanapun KKM akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkembangan terbaru itu pada 4.30 petang ini.

Manusia juga memerlukan rehat. Dalam menfokuskan tugasan, Dr Noor Hisham juga perlukan masa yang berkualiti untuk diri sendiri bagi memastikan mental dan fizikal kekal cergas.

Secara keseluruhannya, mari lah kita berdoa agar pandemik ini berakhir secepat yang mungkin. Buat masa ini, kita jaga kita dan duduk sahaja di rumah jika tiada keperluan untuk berada di tempat awam.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: