Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perkahwinan adalah pencapaian berharga bagi sesuatu pasangan. Bermacam liku yang perlu ditempuhi dalam menghalalkan seseorang itu. Namun harus diingat, perkahwinan bukan hanya terletak pada lafaznya sahaja, ianya diikuti dengan perbuatan dan rasa tanggungjawab.
Bayangkan pula pasangan adalah dari yang bukan muslim yakni seorang muallaf. Semakin berat tugas suami atau pun isteri dalam mendidik pasangan agar mengikut syariat serta ajaran agama dengan baik.
Pelakon terkenal iaitu Datuk Seri Eizlan Yusof salah seorang individu yang berkahwin dengan saudara baru Islam. Hampir 5 bulan mereka mendirikan rumah tangga, pelakon ini meluahkan rasa gembira apabila isteri semakin memahami agama Islam.
Jelasnya, Datin Seri Natasha Rosa kini sudah pun tahu mengerjakan sembahyang dengan baik. Ini berikutan isterinya bersikap sangat rajin dalam mengambil tahu soal agama.
Selain itu Natasha juga ada mengikuti kelas agama agar permahaman serta dapat mendalami ilmu dengan lebih dalam lagi. Sekali gus pengalaman ini sangat bermakna dalam hidup Eizlan tambahan pula dapat menyambut Ramadhan dengan pasangan.
Sikap Natasha perlu dicontohi orang ramai. Dia sangat rajin untuk ambil tahu dan belajar agama Islam. Sehingga kini dia sudah pun pandai menghafal beberapa doa dan zikir-zikir mudah sebagai amalan.
Dalam pada itu, tahun ini pengalaman baru buat Eizlan apabila dapat beraya dengan isteri setelah beberapa tahun keseorangan.
Bertanyakan soal ibadat puasa, Natasha dapat berhadapan dengan situasi tersebut dengan baik. Biar pun baru memeluk Islam Ogos tahun lalu tetapi dia pernah berpuasa sebelum ini dan tiada masalah buatnya.
Konklusinya, suami memainkan peranan penting dalam mendidik isteri. Disebabkan itu lah para suami digelar sebagai ketua, agar dapat mengetuai perjalanan hidup berpasangan. Jadi, persiapkan lah diri dengan ilmu agama agar rumah tangga diredhai dan menemui kebahagiaan kelak.
Kredit: Harian Metro