Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Selamat Dikebumikan! Ikuti Suasana Permakaman Ilmuan Agama, Allahyarham Datuk Ismail Kamus

Satu berita duka diterima oleh umat Islam di Malaysia khususnya apabila ilmuan agama terkenal iaitu Datuk Ismail Kamus telah punmenghembuskan nafasnya yang terakhir. Berita tersebut dikhabarkan berlaku pada jam 12.30 malam tadi.

BANYAK JASA YANG TAK MUNGKIN ADA GANTINYA

Sedikit latar belakang dan juga jasa Allahyarham, Ismail Kamus merupakan tokoh ulamak yang terkenal bukan setakat di Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Brunei,. Malah ilmunya turut tersebar di UK dan juga Amerika Syarikat.

Allahyarham pernah berkhidmat di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selama 15 tahun, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum bersara ialah pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam.

SELAMAT DISEMADIKAN JAM 11 PAGI TADI

Dilaporkan jenazh telah pun selamat disemadikan kira-kira jam 11.00 pagi tadi. Allahyarham diuruskan serta disolatkan di Masjid As-Sobirin, Keramat AU5 pada jam 9.00 pagi ini.

Suasana hiba dapat dilihat sepanjang permakaman Allahyarham yang dihadiri sanak saudara dan juga kenalan.

Menerusi rakaman yang disiarkan oleh Sinar Harian, hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk berada di kawasan perkburan. Ini bagi menghormati keadaan semasa yang berdepan dengan pandemik yang mungkin boleh mencetuskan kluster baru.

RAMAI KENALAN MENGIRINGI JENZAH

Walau bagaimanapun, bagi memberi penghormatan terakhir kepada ilmuan agama yang disegani tersebut, ramai kenalan yang mula memenuhi kawasan perkburan. Diharapkan mereka yang berada di sana pagi tadi mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sudah pasti pemergian Datuk Ismail Kamus ini merupakan kehilangan besar buat Negara dan juga dalam dunia Islam. Apa pun janji Allah itu pasti, daripadaNya kita datang kepadaNya juga kita kembali.

Justeru, sama-sama lah kita titipkan doa agar Allahyarham diberi keampunan dan ditempatkan di kedudukan yang tertinggi di sisiNya.

KREDIT VIDEO SINAR HARIAN

Kongsi artikel ini: