Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

PU Syed Buat Teguran Terbuka Pada Zarina Anjoulie, Kekasih Hati Pula Luah Rasa Berang

Hubungan cinta antara Zarina Anjoulie dan juga jejaka yang dikenali sebagai Eilyas Azhar bukan lagi rahsia. Mereka sering sahaja dilihat mesra di laman sosial dan melakukan aktiviti kebajikan bersama-sama.

PU SYED BERI TEGURAN TERBUKA KEPADA ANJU DAN YAS

Namun, sejak semalam Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri ada tampil memberi teguran terbuka kepada pasangan yang dilihat sengaja memuat naik aksi mesra sebagai tatapan umum.

Sehubungan dengan itu PU Syed memberi peringatan kepada Anju agar takut lah kepada Allah dengan segala apa yang dipaparkan di media sosial sehingga melanggar batas yang telah pun ditetapkan oleh agama kita.

YAS LUAH RASA KURANG SENANG

Memberi reaksi kepada teguran PU Syed ini, pasangan Anju yang selesa disapa Yas dilihat kurang selesa dengan cara teguran tersebut. Lalu dia meluahkannya menerusi Insta Storynya pada beberapa jam yang lalu.

Dalam status yang dimuat naik, Yas mengakui kesilapannya. Dan pada masa yang sama mereka berdua telah pun menerima teguran dari PU Syed.

Sebelum ini Yas ada mesej secara peribadi kepada pendakwah selebriti berkenaan dalam mengajukan beberapa soalan berkaitan perkahwinan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun dia diminta merujuk kepada yang lebih pakar yakni pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pendakwah alin seperti PU Azman dan juga PU Amin.

BOLEH MESEJ PERIBADI UNTUK TEGUR-YAS

Sejurus daripada itu, PU Syed memadamkan status tegurannya tersebut. Namun sekali lagi ianya berlaku apabila PU Syed menegur mereka buat kali kedua. Ternyata ianya mengecewakan Yas.

Tambah kekasih Anju ini lagi, dia tiada masalah untuk ditegur tetapi biar lah kena pada tempat dan caranya. Bukan lah dilakukan di hadapan umum. Yas memberitahu yang PU Syed boleh menghubungi terus untuk menegur perbuatan mereka.

Natijahnya, jika kita melakukan kesilapan dan kesalahan, terima lah secara terbuka walau apa cara sekali pun. Tuntutan agama tetap tuntutan dan perlu kita patuhi. Cuma mungkin di sini soal aib yang mereka terkesan.

Apa pun diharapkan Anju dan pasangan lebih berhati-hati dalam berkongsikan cara hidup di media sosial. Maklum lah kita hidup di Malaysia dan majority beragama Islam.

Kongsi artikel ini: