Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lain Dari Yang Lain! Maria Farida Akui Suaminya Seronok “Nikmati” Tempoh PKP

Semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada antara kita yang menyuarakan rasa kurang selesa berkaitan perkara tersebut. Rata-rata tidak selesa hanya sekadar duduk di rumah dan tidak dapat menjana pendapatan seperti kebiasaan.

SUAMI SERONOK NIKMATI TEMPOH PKP

Namun berbeza dengan pelakon cantik yang tak makan dek usia, iaitu Maria Farida. Jelasnya, selama tempoh PKP baru-baru ini, suami kesayangan sungguh seronok menikmati tempoh tersebut.

Sebagai rekod, Maria Farida mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rahman Shakur pada November 2015.

Jelasnya, di samping dapat meluangkan masa dengan melakukan aktiviti kekeluargaan, secara tidak langsung mereka dapat menjimatkan wang perbelanjaan selama tempoh berkenaan.

Mana tidaknya, mungkin sebelum ini asyik keluar membeli belah dan berbelanja di luar. Sesekali bila dikurung sebegini ada hikmahnya agar kita belajar untuk berjimat cermat. Yang menarik perhatian adalah Maria Farida baru sahaja selesai membeli belah atas talian.

BERSELOROH DENGAN SUAMI
“Hubby: “You know what the best part about being in quarantine is? We don’t go out and spend money”
“Me: (clicks ADD TO CART) “That’s nice sayang”  Kongsinya di laman Instagram.

Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian aktres berusia 50 tahun tersebut yang berseloroh dengan suaminya sedemikian.

Pada era teknologi di hujung jari ini, kita tidak memerlukan membeli-belah secara fizikal. Sejak pandemik yang melanda dunia, pembelian atas talian mula mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Hal ini menjadikan gaya hidup manusia mula berubah dan menjadi lebih senang berbanding sebelumnya. Cuma apa yang perlu berwaspada adalah berbelanja secara bijak kerana shopping online ibarat “berhantu” yang boleh menggugat iman para wanita.

WAJAH TAK MELAMBANGKAN USIA

Antara reaksi lain netizen adalah mereka memuji kecantikan yang dimiliki oleh pelakon ini yang seolah-olah tidak mewakili usia sebenar dirinya serta turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Maria dan juga suami.

Kesimpulannya, perintah PKP selama melalui fasa pandemik memberikan manusia sejagat pengalaman baru dalam meneruskan aktiviti seharian. Suka diingatkan kekal lah menjaga kebersihan dan menjaga jarak sosial ketika berada di tempat awam.

Kongsi artikel ini: