Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama usahawan terkenal dan juga pengasas tudung dUCk, Vivy Yusof semakin menjadi bualan ramai. Lepas satu episod, muncul pula episod yang lain. Sebelum ini namanya dikaitkan dengan isu ciplak corak tudung, dan terbaru dikaitkan dengan sman peniaga kecil.
Mengulas berkaitan isu ini, muncul Cleopatra, individu yang pernah dikaitkan dengan YB Syed Saddiq sebelum ini ada memuat naik status di laman Twitternya pada beberapa hari lalu mempersoalkan tindakan Vivy.
Jelas Cleopatra, dia kecewa dengan tindakan Vivy yang menyman seorang peniaga kecil yang dikatakan telah menftnahnya. Secara tidak langsung tindakan tersebut telah membuatkan dia hilang rasa hormat dengan kejayaan dimiliki usahawan terbabit.
Dalam pada itu, Cleopatra memberitahu yang sepatutnya golongan wanita perlu menyokong antara satu sama lain terutama dalam hal kerjaya. Bukan dengan menjatuhkan sesama sendiri.
Pada akhir penulisannya, dia memberi pandangan pada usahawan terkenal tersebut untuk meneruskan tidakana sman HANYA jika dia terpaksa perlu menjual salah satu daripada tas Chanel yang dia miliki.
Cleopatra meninggalkan entri sebegini berikutan diminta oleh pengikut Twitternya berkaitan nasib yang menimpa peniaga kecil yang dikenali sebagai Syaza yang telah dianiaya.
Bagi yang tertanya-tanya, Syaza adalah individu yang tampil mendedahkan bahawa Vivy telah mengambil paten dari sampul raya yang dijualnya untuk dijadikan corak pada tudung yang Vivy hasilkan.
Selepas sahaja pendedahan itu dibuat, dia terus menerima surat dari peguam Vivy yang mengatakan itu adalah tindakan ftnah terhadap usahawan terkenal berkenaan.
Kesimpulannya, jika ada masalah berkaitan hak cipta sebaiknya mengambil keputusan untuk berjumpa dan berbincang mengenai soal baik buruk masing-masing. Jika disebarkan aib kepada umum sebegini boleh mendatangkan kesan buruk kepada kedua-dua belah pihak.