Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tuah Badan, Gara Gara Suami Cabar Isteri! Respon Neelofa Buat Orang Ramai Terkejut

Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan ini kita dapat melihat pelbagai aktiviti kreatif dan idea idea daripada warganet dan juga artis yang dipamerkan dimedan sosial. Sementara menghabiskan masa bersama keluarga dirumah, kaum wanita juga banyak menghabiskan masa dengan mengakses pembelian dalam talian, lagi lagi bagi musim raya yang bakal menjelang.

BACA : Bila Ayah & Adik Beradik Lelaki Masuk Air Akibat Kuarantin, Habis Baju Kelawar Mak “Dikerjakan”

SUAMI CABAR ISTERI

Terbaru, satu perbualan diantara pasangan suami isteri di laman sosial Twitter telah menarik minat pembaca dan sangat menghiburkan hati. Tweet itu telah mendapat perhatian sebanyak 3 ribu kicauan dan 10.5 ribu suka.

Posting yang telah dibuat oleh seorang wanita dikenali sebagai itu mengenai hasrat hatinya yang ingin memiliki tudung keluaran rekaan raya yang terkini bagi jenama Naelofar. Menurut wanita ini dia sudah pun beberapa hari hanya sekadar melihat gambar tudung itu dan jatuh hati dengan rekaan yang sangat cantik itu.

Sumber Twitter

Dalam masa yang sama, melalui beenang tweet tersebut sang suami telah membalas dengan berseloroh akan membeli tudung tersebut jika posting isteri nya mendapat suka daripada pemilik jenama tudung tersebut iaitu selebriti fasyen yang sangat terkenal tanah air, Neelofa.

Suami sempat mengusik dengan menyuruh isteri memilih jenis warna dan design untuk dibeli nanti.

NEELOFA PANDAI MENGAMBIL HATI

Perihal itu telah pun mendapat perhatian Neelofa di laman Twitter dan telah pun mendapat respon dengan membalas posting tersebut. Aksi Neelofa ini menunjukkan dia merupakan seorang yang pandai berjenaka dan mengambil hati para peminat.

Sumber Twitter
“Kalau saya membalas ini, adakah isteri dapat semua collection raya ini.”

Tulis Neelofa ringkas bahawa Muna berhak mendapat seluruh collection raya kerana dia bukan sahaja suka akan posting tersebut namun telah memberi maklum balas.

Sumber Instagram

Suami yang dikenali sebagai Yasir itu sangat terkejut dengan respond yang telah diberikan oleh selebriti itu dan telah berhasrat untuk menunaikan janjinya dengan membeli lebih daripada apa yang telah diminta oleh isterinya itu.

Posting ini telah mendapat perhatian netizen dan rata rata telah pun memuji selebriti ini. Mungkin masa dirumah digunakan oleh Neelofa bagi mendekatkan dirinya dengan peminat kerana selama ini dia sangat sibuk dengan jadual seni dan kerap ke luar negara bagi tuntutan kerja.

Sumber : Twitter Muna

Kongsi artikel ini: