Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Syawal Yg Penuh Janggal! Beraya Hanya Pakai Kain Pelikat, Ikuti Kenyataan Terbaru Ismail Sabri

Pandemik memberikan kita suatu pengalaman baru. Mungkin ianya sedikit janggal kerana perlu mengamalkan tahap kebersihan tahap tertinggi, pemakaian penutup muka ketika di tempat awam dan sentiasa amalkan penjarakan sosial dengan jarak 1 meter.

Selagi mana vaksin tidak ditemui, selagi itu lah umat manusia perlu membiasakan diri dengan kehidupan norma baru. Sejak minggu ini, kerajaan telah melonggarkan syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Negara kita.

Berikutan sektor ekonomi turut memainkan peranan penting, jadi kebanyakan sektor-sektor berkepentingan sudah pun mula beroperasi.

PERJALANAN MERENTAS NEGERI DIBENARKAN DENGAN BERSYARAT

Dalam mendidik orang ramai agar patuh dengan arahan dan SOP semasa, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri ada memaklumkan yang kerajaan sudah pun membenarkan perjalanan merentas negeri dengan syarat-syarat tertentu.

Manakala pergerakan yang hanya merentasi 10km juga telah pun ditarik balik. Pergerakan merentas daerah juga sudah pun dibenarkan namun amalan ziarah-menziarahi sempena hari raya adalah dilarang.

Amalan kunjung-mengunjung dalam negeri atau dalam daerah juga tidak dibenarkan sama sekali.

BERAYA DI RUMAH PAKAI KAIN PELIKAT SAHAJA
“Seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kita tak boleh balik raya, jadi kita beraya di rumah sahaja dan pakai kain pelikat.”

Menurut laporan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dilaksana sehingga 12 Mei. Namun ianya berkemungkinan dilanjutkan sehingga lah bulan syawal yang bakal tiba.

Bertanyakan solat berjemaah, Ismail Sabri memaklumkan ianya akan dibolehkan dalam sedikit masa sahaja lagi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Zulkifli Mohamad Al-Bakri) ada membentangkan cadangan dan masih dalam proses perbincangan mengenai SOP ketat.

RAKYAT PERLU MEMAINKAN PERANAN TERHADAP DIRI MASING-MASING

Dalam hal pandemik, kerajaan komited dalam memastikan kesihatan rakyatnya. Yang paling utama adalah peranan diri kita sendiri. Rakyat perlu tahu langkah terbaik dalam menjaga diri masing-masing.

Bah kan tiada guna jika kerajaan sahaja menyekat dan berusaha menangani perkara ini tetapi rakyat masih bersenang lenang untuk melanggar segala perintah yang ditetapkan.

Kongsi artikel ini: