Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perintah Kawalan Pergerakan bukan lah alasan untuk kita hidup bermalasan dan mengharapkan sumbangan orang lain semata-mata. Waktu ini lah sangat tepat untuk kita berfikir di luar kotak.
Perniagaan secara atas talian adalah perkara yang mungkin anda perlu pertimbangkan memandangkan direct contact atau perniagaan fizikal mungkin menjadi kurang sambutan berikutan langkah berjaga-jaga menghadapi pandemik.
Memandangkan Hari Raya Aidi Fitri sudah pun tidak lama lagi, permintaan terhadap persiapan raya sudah pasti menjadi tumpuan ramai. Mana mungkin umat Islam tidak menyambut hari kemenangan tersebut.
Pandai menggunakan masa supaya tidak terbuang, pelakon cantik iaitu Uqasha Senrose telah menggunakan peluang yang terhidang dengan menjual biskut raya. Pada awalnya dia hanya berkongsi cara membuat biskut Arab di Instagram.
Tidak semena-mena ianya mendapat permintaan dan tempahan bertalu-talu oleh peminatnya. Sebenarnya dia tidak terfikir pun untuk berniaga biskut raya tersebut. Tetapi bila dah ramai sangat yang mula menghantar mesej peribadi untuk membeli, akhirnya dia akur.
TERIMA TEMPAHAN 200 BALANG SEHARI
Tambah Uqasha, dalam sehari dia perlu menyiapkan hampir 200 balang biskut. Sejak beberapa hari lepas, tempahan mula meningkat sehinggakan dia tak menang tangan untuk menyiapkannya.
Biar pun orang ramai tidak pernah merasa tetapi mereka masih tetap yakin untuk membelinya. Jelas Uqasha lagi, biskut arab ini adalah resepi daripada nenek moyangnya yang dijenamakan semula sebagai Something Sweet by The Four Sisters.
Difahamkan kos untuk membuat biskut ini adalah sangat tinggi dan disebabkan itu lah Uqasha berkira-kira pada awalnya untuk menjualnya kepada umum. Bila harga tinggi nanti dikatakan cekik darah.
Justeru pelakon ini memutuskan untuk menjualnya dengan stok terhad kepada setiap pembeli. Jelas Uqasha, dia terpaksa menolak tempahan peminat dari Sabah, Sarawak dan juga Brunei kerana kos penghantaran yang tinggi dan risau keadaan biskut yang sampai kelak.
Natijahnya, waktu pandemik adalah masa yang sangat sesuai untuk individu yang ingin mencuba berniaga di atas talian. Permintaan pada masa ini sangat lah tinggi berbanding sebelumnya.