Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mcm Sinetron! Wanita Ditangkap Khalwatt Dlm Rumah Sendiri Angkara Mertua. Ini Pendedahan Sebenar Kejadian

Kisah wanita ini pernah menjadi tumpuan rakyat Malaysia pada beberapa tahun lalu berikutan kesetiaannya menjaga suami yang sedang sakit. Perjalanan hidup mereka telah menarik pengarah drama untuk mengadaptasikan kasih sayang yang ditunjukkan.

Namun siapa sangka dalam isteri yang setia menjaga suami, muncul pula pihak ketiga yang tidak senang melihat kebahagiaan mereka. Yang lebih memilukan pihak ketiga itu hadir dari keluarga mertua sendiri.

DITANGKAP KHALWT DALAM RUMAH SENDIRI

Perkara ini diluahkan sendiri oleh tuan badan, Siti Rohayu menerusi entri Facebooknya pada beberapa jam yang lalu. Menurutnya dia telah difitnh sehingga ditangkap khalwt di dalam rumahnya sendiri.

Walhal pada ketika itu dia sedang berada bersama suaminya yang kelainan upaya di dalam bilik. Sedangkan adik angkat dan juga kakaknya berada di ruang tamu. Yang menghairankan apabila terjadinya isu ini, tidak semena-mena keluarga mertua terus datang ke rumah mereka.

Sedangkan sebelum ini langsung tidak bertanya khabar anak biar pun terlantar sakit. Difahamkan mereka didatangi pihak pejabat agama lebih kurang 11 malam.

KETERANGAN SUAMI TAK BOLEH DITERIMA KERANA TIDAK NORMAL

Wlau pun keterangan sudah diberikan yang mana kakak dan anak-anaknya serta anak angkat lelaki yang belum berkahwin ada pada malam itu, Rohayu terpaksa akur kerana ada orang yang bukan darah daging atau mahram tinggal dalam satu rumah.

Keterangan suami tidak dapat diterima pihak pejabat agama disebabkan tidak normal. Berikutan itu, Rohayu terpaksa dijamin oleh ibunya. Dia yang akan dibicara bakal berdepan denda sebanyak RM3,000.

HELAH KELUARGA MERTUA UNTUK DAPATKAN DUIT INSURANS SUAMINYA

Tambah Rohayu lagi, ini adalah alasan dan helah keluarga mertua yang cuba menyingkirkan dia bersama suami dan dalam usaha mendapatkan duit insurans kemlangan suami.

Ini kerana, mereka berda di tempat kejadian ketika dia ditangkap walhal sebelum ini langsung tidak pernah peduli kesihatan anak. Pada masa kejadian, mereka bertalu-talu bertanya perihal duit insurans suaminya semata-mata.

DAH TAK TAHAN, AKAN FAILKAN PENCRAIAN

Melihat kepada luahan Rohayu, jelas dia sudah tidak tahan dengan tindakan mereka yang cuba mengaibkannya dengan cara sebegini. Rohayu dikatakan akan menfailkan pencraian kerana sudah tidak mampu lagi menanggungnya.

Natijahnya, duit tidak mampu membeli kebahagiaan. Tetapi kerana duit, ia mampu memecah belahkan hubungan kekeluargaan.

Semoga Rohayu dan keluarga mertua dapat menyelesaikan hubungan secara baik demi kasih sayang suami yang memerlukan perhatian dengan keadaan serba kekurangan kini.

Kongsi artikel ini: