Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan sebelum ini, ramai di antara kita mula aktif membeli secara atas talian. Lihat sahaja permintaan perkhidmatan penghantaran yang mula tak senang tangan.
Biar pun sambutan hari raya Aidil Fitri pada tahun ini sedikit berbeza pada tahun sebelumnya, namun masyarakat kita tetap tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambutnya dengan membeli busana baru untuk hari kemenangan tersebut.
Sebelum ini dikhabarkan dua butik perniagaan muslim milik Ustaz Ebit Lew dan juga Adam Corrie diserbu orang ramai sehinggakan banyak pakaian yang habis terjual. Kali ini rezeki milik Pencetus Ummah (PU) Azman atau selesa disapa Cik Man pula menjadi tumpuan.
Hal ini berikutan masyarakat mula menyuarakan untuk tidak lagi menyokong pembelian di salah sebuah gedung pembekal kain terkenal tanah air, disebabkan telah menyentuh isu sensitif dalam masyarakat Melayu.
Walau bagaimanapun, pihak gedung pembekal kain berkenaan ada tampil menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf secara terbuka di atas kenyataan yang dikeluarkan sehingga timbul rasa bnci masyarakat.
Difahamkan terbaru koleksi pakaian kurta milik Cik Man habis terjual kepada pelanggan. Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri Cik Man menerusi Instagramnya pada beberapa jam yang lalu.
Dalam pada itu, melihat kepada permintaan semasa pelanggan, Cik Man merancang untuk menambah koleksi untuk pakaian kanak-kanak pula pada raya Aidil Adha akan datang. Dia sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang menyokongnya.
Biar pun sambutan raya pada tahun ini berbeza kerana tidak dibenarkan balik ke kampung, dijangkakan sambutannya tetap meriah dengan melihat kepada permintaan pengguna yang masih lagi sibuk membeli pakaian raya masing-masing.
Apa pun berbelanja lah dengan bijak. Dengan keadaan semasa memerlukan kita ada duit simpanan yang lebih tinggi untuk menampung kehidupan mendatang.