Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Industri hiburan dari Korea Selatan atau dikenali dengan panggilan k-pop semakin mendapat tempat di hati peminat. Lihat sahaja aura mereka sehingga berjaya melebarkan sayap ke Hollywood dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Sudah pasti ianya suatu pencapaian hebat dan perlu digeruni oleh pengkarya seni yang lain. Lihat sahaja di Negara kita, mereka berjaya mencipta kumpulan peminat tersendiri sehingga wujud gerakan-gerakan yang menyokong segala aktiviti artis k-pop kesayangan.
TAKSUB K-POP HINGGA TUBUH AGAMA BTS
Kita sering dinasihatkan agar berpada-pada dalam menikmati dunia hiburan dan jangan pula taksub dengan sesuatu sehingga melalaikan. Yang lebih teruk lagi boleh memesongkan akidah umat Islam.
Bunyi agak tak masuk akal! Mengikut suatu perkongsian di Twitter, wujud pengikut kumpulan BTS yang dikenali sebagai panggilan ARMY yang terlalu obses dengan artis mereka. Yang lebih menyedihkan apabila mereka mewujudkan satu agama baru.
Agama tersebut mendukung kumpulan BTS sebagai tunjang utama. Sehubungan dengan itu, mereka menamakannya sebagai “Agama BTS”. Awalnya perkara ini hanya dilihat di Negara jiran sahaja, Indonesia.
Sejak kebelakangan ini dikatakan agama baru tersebut bakal dibawa masuk ke Malaysia. Sudah pasti isu ini menjadi kerisauan orang ramai berkenaan kelekaan generasi muda yang yang mula terpesong akidah.
Menurut perkongsian di Twitter lagi, agama BTS tersebut juga mempunyai rukun-rukun dan lafaz tersendiri untuk yang ingin mengikutinya. Ia tidak boleh dianggap sebagai gurauan kerana wujud unsur-unsur memainkan isu agama dalam masyarakat.
Melihat kepada perkongsian telegram, dah mula muncul dari rakyat Malaysia yang setuju agar agama baru ini ditubuhkan. Alasannya ingin menghargai seni yang tak semua orang Nampak.
Melihat kepada perkongsian ini, dapat disimpulkan bahawa hiburan dunia ini mampu mengubah pemikiran seseorang diluar norma manusia. Meminati budaya k-pop tidak salah, yang menjadi masalah apabila terlalu taksub sehinggakan bertuhankan mereka.
Semoga ibu bapa dapat memantau tindak tanduk anak masing-masing dalam mengikuti hiburan dari Negara Korea Selatan tersebut.