Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Miskin Bukan Tiket Utk Hidup Kotor! Wanita Sanggup “Bermadu”, Tinggal Dlm Longgokan Sampah. Ini Cerita Mereka

Miskin bukan alasan untuk kita terus hidup dalam keadaan kotor dan tidak terurus. Kotor ini adalah sikap dari diri kita sendiri. Jika seorang itu rajin dan peka dengan keadaan sekeliling, sudah pasti tiada isu rumah tunggang langgang.

Bercerita soal kebersihan dan rumah tangga, kisah yang dikongsikan ini mungkin tak tercapai dek akal fikiran kita. Mana tidaknya, mereka sekeluarga mampu hidup bertahun dalam rumah yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Ianya diceritakan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Natipah Abu. Menurutnya keluarga tersebut tinggal dalam rumah teres 3 tingkat terbiar yang dipenuhi sampah dan barangan kitar semula bersama beberapa orang anak kecil.

DUA ISTERI TINGGA SEKALI, DIPISAHKAN OLEH LANGSIR

Lebih memeranjatkan apabila dua orang isteri turut tinggal bersama dan hanya dipisahkan oleh langsir bagi setiap bilik mereka.

Menurut Natipah, pada kali pertama dia menziarah keluarga ini, dia tidak menyangka ada insan yang mampu hidup bertahun di tempat kotor dan sempit. Biar pun ruang rumah mereka besar tetapi muat seorang sahaja untuk berjalan kerana dipenuhi sisa buangan.

Difahamkan ketua keluarga mereka mencari pendapatan hanya dengan menjual barangan lusuh yang dikutip dari tong sampah. Lihat sahaja tingkat satu, dipenuhi dengan barang lusuh.

ISTERI KEDUA ADA HUTANG PTPTN

Manakala tingkat dua baru lah dijadikan kediaman mereka. Di situ lah mereka jadikan tempat untuk berehat dan juga makan. Jalan untuk ke tingkat tiga pula terhalang dengan barang buangan. Jadi tidak dapat dilihat keadaan di tingkat tersebut.

Tambah Natipah, isteri kedua sedang hamil 7 bulan. Yang menghairankan apabila hasil semakan dia mempuanyai tunggakan PTPTN, menandakan dia pernah berada di institusi pengajian tinggi sebelum ini.

Ini lah dinamakan cinta itu buta kayu. Dia sanggup untuk meninggalkan pengajian di politeknik sehingga semester ketiga gara-gara cintanya terhadap lelaki yang dikahwini kini.

DIBANTU PINDAH KE RUMAH FLAT

Sehubungan dengan itu, tampil beberapa pihak yang membantu keluarga ini keluar dari rumah sampah mereka dan diberikan penempatan baru di sebuah rumah flat. Bayaran awal ditanggung terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada mereka untuk menguruskan sendiri.

Kesimpulannya, miskin bukan lambang untuk kita terus hidup bergelumang dengan kekotoran. Persekitaran melambangkan hati dan juga sikap kita. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua dalam sentiasa menjaga kebersihan.

Kongsi artikel ini: