Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sepanjang tempoh penularan COVID 19 di Malaysia kita mesti berasa tidak sabar dan gementar menunggu sidang media daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang diterajui oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada setiap petang. Sidang itu akan memberi kemaskini data mengenai jangkitan di Malaysia.
Justeru pada sidang media hari ini setelah lima bulan berjuang, ada berita gembira buat semua petugas barisan hadapan kesihatan.
CUTI BERGILIR GILIR
Datuk Dr Noor Hisham telah mengumumkan berita bahawa setiap petugas kesihatan yang telah berjuang demi nyawa rakyat Malaysia selama 5 bulan ini akan diberikan cuti rehat bergilir gilir bagi mengenang jasa dan penat lelah setiap petugas ini.
Selepas beberapa bulan berkhidmat untuk mengawal wabak pandemik ini, mereka akan diberikan time off dalam bermula minggu depan secara berjadual.
BEREHAT SEKEJAP SELAPAS 5 BULANG BERTUNGKUS LUMUS
Pengumuman yang telah dibuat ini sebagai tanda penghargaan dan bagi memberi semangat kepada warga kerja KKM yang tidak mengeluh menjalankan tugas bagi memastikan rawatan bagi pesakit yang positif sangat efektif.
KEADAAN MAKIN TERKAWAL
Menurut Datuk Dr Noor Hisham pengumuman ini adalah diumumkan selepas ada peningkatan dalam jumlah pesakit yang positif sejak kebelakangan ini. Keadaan terkini menunjukkan graf yang semakin meningkat bagi kes yang telah sembuh dan penurunan dalam kes baru.
Jelasnya lagi,penggunaan wad dan juga Unit Rawatan Rapi juga kelihatan semakin berkurang dan hal ini menampakan segala pengorbanan selama ini memberikan hasil yang sangat baik.
Berita ini sudah tentu dapat menggembirakan warga tugas KKM yang telah berhadapan dengan COVID 19 siang dan malam dan hal ini juga dapat meyunting semangat juang yang baru untuk mereka teruskan usaha ini
Jasa dan pengorbanan warga petugas barisan hadapan kesihatan ini tidak dapat dibalas dengan apa pun kecuali ucapan terima kasih daripada kami rakyat Malaysia.
Sumber : Facebook KKM