Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Baru-baru ini hangat diperkatakan umum nama usahawan terkenal Vivy Yusof gara-gara isu sensitif yang tercetus antaranya dengan netizen berkaitan merendahkan golongan B40 dan juga M40.
Kemudiannya, ikon fesyen bertudung ini turut terpalit dengan meniru konsep tudung dari jenama orang lain. Justeru, ramai yang menyuarakan untuk meminggirkan atau tidak lagi membeli produk yang dihasilkan dari usahawan terbabit.
Nampaknya, suara-suara tersebut hanya lah gimik semata-mata kerana dikhabarkan jenama dUCk laku keras dan berjaya terjual keseluruhan hanya dalam masa 30 minit sahaja.
Difahamkan dUCk meraikan ulang tahun keenam dengan melancarkan 6 produk istimewa edisi terhad buat pelanggan setia mereka sejak semalam.
Sehubungan dengan itu, ramai yang berlumba-lumba untuk dapatkan edisi terhad ini sebagai koleksi dan simpanan peribadi mereka. Menurut peminat dUCk, mereka mengadu yang laman Fashion Valet mengalami sesak teruk di saat ingin membuat pembelian.
Hal tersebut ada dikongsikan oleh Vivy sendiri menerusi laman Insta Story yang menunjukkan kebanyakan pelanggan yang gigih mendapatkan produk istimewanya.
Dia juga dilihat sempat memohon maaf berikutan tidak dapat menambah atau pun restock produknya itu biarpun ramai peminat meminta berbuat demikian.
Melihat kepada situasi ini, dapat disimpulkan bahawa kuasa membeli serta permintaan di atas talian sangat lah tinggi. Isu untuk tidak menyokong perniagaan Vivy Yusof pula nampaknya tidak memberi apa-apa kesan terhadap usahawan tersebut buat masa ini.
Apa pun dalam perniagaan memerlukan strategi permasaran yang bijak serta berkualiti seiring mencapai matlamat yang diinginkan oleh pengguna itu sendiri. Tahniah Vivy Yusof!