Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Fesyen Tudung Terbaru! Muat Naik Gambar Lama, Cara Syamel Edit Wajah Ernie Mencuit Hati Ramai

Menutup aurat adalah perkara yang dituntut dalam agama Islam. Namun tidak semua orang mampu untuk menjaga hal ini. Itu lah dinamakan manusia, semakin dilarang semakin asyik dan leka untuk melakukannya.

Bercerita soal aurat, pada Mac yang lalu penyanyi yang bersuara lunak iaitu Ernie Zakri telah berkongsi dengan peminat untuk memilih penampilan bertudung sebagai imej barunya.

Berita baik tersebut disambut baik oleh ramai peminatnya dan rata-rat mengucapkan tahniah di atas keputusan yang dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama Berfikir & Tanam Niat! Ernie Zakri Nekad Untuk Berhijab Secara Rasmi Hari Ini. Ikuti Kisahnya

SYAMEL EDIT “TUDUNG” ERNIE, CUIT HATI RAMAI

Dalam menghormati penampilan terbaru Ernie, rakan baiknya iaitu Syamel ada memuat naik gambar Ernie di laman Instagramnya. Apa yang menarik adalah gaya Syamel menyunting gambar Ernie yang mencuit hati ramai.

Ini berikutan, gambar yang dimuat naik adalah gambar lama sebelum Ernie mengambil keputusan untuk berhijab. Menurut Syamel dia telah pun meminta restu rakannya itu terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

“Tiba2 teringat baju raya Bangmel dengan Kak Ninie tahun lepas . Style tudung diberi nama “TheCompangShawl”. Ada sesiapa yang simpan lagi tak? Cuba tag bangmel dengan kakninie.” Tulis Syamel.
ERNIE DAH BERI KEBENARAN

Hal tersebut turut disahkan oleh Ernie mengakui yang Syamel ada meminta kebenaran untuk memuat naik gambar berkenaan.

“Wow. Hijab fashion yang sooooo 2020! BangMel edit macam ni pun saya happy sebab BangMel minta izin hihi. Tak sangka last year ada buat baju raya. Siapa yang dah beli kami ucap terima kasih. Kak Ninie pun tak cuba lagi, muat lagi ke tidak eh?” Tulis Ernie.

SYAMEL RINDUKAN ERNIE SEBENARNYA-NETIZEN

Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka terhibur cara Syamel mengedit “tudung” Ernie. Mereka juga dilihat sempat berseloroh yang sebenarnya Syamel teringat dan rindukan tuan badan, bukannya soal baju raya.

Mereka juga memuji tindakan Syamel yang pandai menjaga aurat Ernie dan memelihara soal kepentingan yang patut dijaga oleh seseorang wanita.

Apa pun, jika benar ada sesuatu antara mereka berdua sama-sama lah kita doakan agar semua urusan mereka dipermudahkan.

Kongsi artikel ini: