Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berakhirnya Cinta Wanita Kaabah! Dr. Erin Sah “Dilepaskan” Da’i Farhan Demi Kebahagiaan Org Lain

Perkahwinan adalah penyatuan antara dua hati. Senang untuk diungkap tetapi bukan mudah untuk mempertahankannya.

Kisah rumah tangga Da’i Farhan dan Dr. Erin pernah menjadi bualan ramai masyarakat kita sebelum ini gara-gara perkahwinan mereka yang tidak direlakan oleh isteri pertama, iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris.

NAMPAK BAHAGIA, RUPANYA DAH BERPISAH

Beberapa ketika kita melihat kebahagiaan antara Da’i Farhan dan Dr. Erin. Namun hakikatnya ada sesuatu yang membelengu kedua mereka. Difahamkan Da’i Farhan telah pun melepaskan Dr. Erin.

Hal ini disahkan sendiri oleh Dr. Erin melalui entri Instagramnya pada beberapa jam yang lalu. Jelas Dr. Erin, sebelum ini dia pernah cuba untuk membahagiakan kedua belah pihak dengan memuat naik gambar berpelukan dengan Fatin sebagai tanda untuk berdamai.

Tetapi gambar tersebut diminta oleh keluarga Fatin untuk dipadamkan bagi mengelakkan salah faham. Dalam pada masa yang sama, Da’i Farhan turut mencuba membahagiakan kedua belah pihak namun sebelah sana meminta agar Farhan hanya memilih salah seorang dari mereka sahaja.

ERIN DILEPASKAN SECARA BAIK

Setelah beberapa bulan diperkotak-katikkan dan tidak mengharapkan apa-apa lagi dari suami, Dr. Erin mengambil keputusan untuk dilepaskan secara baik. Walau bagaimanapun, pelbagai halangan yang timbul sehingga lah dia dikhabarkan sedang berbadan dua.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan Muntah Angin Sebab Puasa! Dr Erin Umum Berita “Gembira” Buat Suami Tercinta, Da’i Farhan

Usaha untuk berbaik antara dia, Da’i Farhan dan Fatin menemui jalan buntu, akhirnya pada 27 April lalu Da’i Farhan telah pun melepaskan Dr. Erin atas permintaan dan juga kerelaan Dr. Erin sendiri.

ENGGAN LAGI DIKAITKAN DENGAN SUAMI

Tujuan utama dia membuka cerita ini di media sosial adalah bagi mengelakkan timbul salah faham orang ramai terhadap dirinya dan enggan lagi dikaitkan dengan bekas suaminya.

Hal ini berikutan dia tidak menyangka perkahwinan mereka menjadi topik utama rakyat Malaysia sehingga ke hari ini. Sedikit sebanyak telah mengganggu emosi diri dan juga ahli keluarga yang lain.

Sehingga kini, Da’i Farhan masih belum memberi maklum balas perihal perpisahan mereka. Semoga Dr. Erin yang bakal menimang cahaya mata kelak terus tabah dalam menghadapi ujian di bulan Ramadhan ini.

Kongsi artikel ini: