Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berada Dalam Satu Sampan! Ustaz Abu Syafiq Tetap Menyokong Jakel. Ikuti Kenyataan Penuhnya

Beberapa hari lepas, nama gedung pembekal kain terbesar di Malaysia menjadi hangat serta tumpuan ramai berikutan menyentuh isu bangsa Melayu. Walau bagaimanapun mereka tampil memohon maaf secara terbuka di atas keterlanjuran bersikap sedemikian.

Berikutan itu, ramai memberi pandangan agar tidak menyokong lagi jualan mereka dalam memilih persiapan untuk bulan Syawal yang bakal tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: Abaikan Gedung Kain Terkenal, Netizen Lancar Sokongan “Shopping” Butik Ustaz Ebit Lew Pula

USTAZ ABU SYAFIQ ORANG PERTAMA SOKONG JAKEL

Isu ini turut menjadi perhatianpendakwah terkenal yang juga pernah menjadi buah mulut orang ramai sebelum ini, iaitu Ustaz Abu Syafiq.

Dia adalah salah seorang individu yang tampil memberi sokongan kepada pembekal kain berkenaan dalam berdepan situasi hangat sebegini.

Perkara ini ditegaskan oleh Ustaz Abu menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada beberapa jam yang lalu.

Menurut Ustaz Abu, keadaan yang melanda Jakel adalah sama seperti yang melanda dirinya sebelum ini kerana wujud campur tangan orang lain sehingga melaga-lagakan orang ramai dan wujudnya ftnah.

HAMPIR SAMA DENGAN KEJADIAN BERLAKU KE ATAS DIRINYA

Sehubungan dengan itu, Ustaz Abu menyatakan pendiriannya untuk tetap akan menyokong Jakel. Menurutnya dia akan membeli kain-kain dari Jakel untuk dijahit kepada anak-anak tahfiz, anak yatim dan juga golongan asnaf yang memerlukan.

“Apa yang berlaku kepada Jakel kali ini hampir sama apa yang berlaku ke atas saya, iaitu melaga-lagakan antara umat Islam. Ftnah di bulan Ramadhan, dengan sifat denki. Jadi saya ingin isytiharkan bahawa saya orang pertama yang menyokong Jakel.” Jelas Ustaz Abu.

 

View this post on Instagram

 

Ustaz Abu Syafiq Support JAKEL

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq) on

IKUT CARA NABI, BUKANNYA WAHABI

Tambahnya lagi, dia menyeru orang ramai agar mengikut cara nabi dan bukannya wahabi dengan menyokong Jakel yang membantu bangsa Melayu dan umat Islam khususnya.

Natijahnya, kehidupan pada era teknologi di hujung jari ini memerlukan kita lebih berhati-hati dalam menjaga tutur bicara. Jika tidak mampu melakukan kebaikan, lebih baik kita berdiam diri dari berkata-kata.

Semoga kisah-kisah sebegini menjadi pengajaran dan peringatan kepada kita semua dalam menjaga akhlak di khalayak umum.

Kongsi artikel ini: