Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pada awal tahun ini kita dikejutkan dengan banyak berita mengejut ahli seni yang pergi meninggalkan kita buat selama lamanya tanpa memberi sebarang petanda. Kesihatan dalaman seseorang itu tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar.
BACA: Tiada Hak! Didakwa Cuba Kaut Harta Peninggalan Abam, Ali Puteh Teruk Dibidas Warganet
Susulan hal ini, Abam telah meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan anak lelaki yang masih lagi kecil. Beberapa kontroversi telah timpul sejak pemergian Abam seperti isu membabitkan dakwaan harta. Dalam masa itu, Nor Hidayah dikatakan mempunyai masalah bersama keluarga mertuanya terutama, Ali Puteh.
INGIN BERSEMUKA UNTUK BERBAIK
Terbaru, menurut satu kenyataan Ali Puteh kepada BH online, dia telah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk berbaik dengan kakak iparnya itu. Dia berpendapat bahawa dia ingin menjernihkan keadaan itu disebabkan oleh anak saudaranya yang masih kecil itu.
Tetapi dengan itu, dia telah disekat untuk berkomunikasi dengan Hidayah di semua medium sosial media dan langsung tidak dapat menghubungi kakak iparnya itu. Tambah Ali lagi dia tidak menyalahkan mana mana pihak dalam hal ini.
AIR DICINCANG TAK KAN PUTUS
Ali Puteh menyuarakan hal ini adalah kerana rindu akan satu satunya anak saudara iaitu, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey. Dia meluahkan rasa rindu ingin bertemu muka anak saudaranya itu tetapi usaha itu kelihatan seperti gagal.
Jelasnya lagi dia amat terkilan kerana tidak dapat bertemu muka malah tidak dapat melihat dimedia sosial aktiviti anak buahnya itu. Ali berkata, dia sangat bersyukur kerana bekas pemandu peribadi abangnya ada juga berkongsikan aktiviti anak saudaranya itu, dan dapat lah melepaskan sedikit rindu.
BERHASRAT UNTUK MENJERNIHKAN HUBUNGAN INI
Tambah Ali lagi dia hanya berhasrat agar anak abangnya itu membesar dengan baik dan dia juga berhasrat untuk berjumpa kakak iparnya itu setelah tamat tempoh PKP bagi menjernihkan hubungan antara kedua belah pihak keluarga.
Bagi Ali biarlah anak abangnya itu dapat dilihat dari jauh dalam keadaan sihat dan membesar dengan baik. Walaubagaimanapun air yang dicincang tidak akan putus, hubungan kekeluargaan semestinya mempunyai waktu sukar dan senang untuk dihadapi.
Sumber : BH online