Hari Terakhir PDRM dan ATM

Harini genaplah 47 hari Perintah Kawalan Pergerakkan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan yang bermula pada 18 Mac 2020 dan hari ini juga merupakan hari terakhir bagi petugas barisan hadapan menjaga rakyat Malaysia agar tidak ingkar dengan usaha kerajaan ini.

BACA : Wira Negara Yang Terlepas Pandang! Walau Gaji Tak Setimpal, Cleaner Frontliner Yang Berisiko Covid-19

Kerajaan telah pun memberi kelonggaran bagi PKP ini dengan bersyarat bagi memulihkan ekonomi negara yang sudah lama tidur oleh disebabkan tidak dapat beroperasi sejak penularan wabak VOVID 29. Maka, bermula lah tanggungjawab rakyat sendiri bagi memastikan jarak antara satu sama lain bagi memutuskan rangkaian penularan wabak ini.

HARI TERAKHIR BERPANAS BERHUJAN

Disebabkan pengumuman bagi sesetengah sector mula beroperasi maka barisan petugas keselamatan seperti PDRM dan juga ATM mula berkurang melakukan sekatan jalan raya. Kebanyakkan sekatan jalan raya telah dibubarkan di bandar bandar seperti Kuala Lumpur dan juga Seremban.

Sumber Facebook

Satu posting yang menyayat hati melalui Facebook Negeri Sembilan Kini menarik perhatian ramai warganet. Foto tersebut merupakan foto hari terakhir mereka menjalankan tugas untuk PKP ini bagi menjaga lalu lintas.

Seperti yang kita tahu pihak PDRM dan ATM berhujan dan berpanas ditengah jalan bagi memastikan rangkaian COVID 19 ini dapat diputuskan seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan dan juga kerajaan pusat.

BANYAK SUKA DUKA, SEMOGA BERTEMU LAGI

Posting yang dimuat naik oleh salah seorang daripada mereka itu menunjukkan bahawa dalam mereka komited dengan kerja yang diamanhkan mereka juga menunjukkan minat mereka dalam kerja tersendiri.

Sumber Facebook

Rintih mereka lagi agar segala jasa yang ditaburkan untuk Malaysia ini dapat dikenang dan dijadikan iktibar kepada rakyat agar dapat menjaga jarak sosial walaupun sudah tidak lagi dijaga oleh barisan petugas hadapan.

TERIMA KASIH HERO!

Banyak respond netizen yang menghargai jasa petugas ini dengan ucapan terima kasih dan menggelarkan petugas barisan hadapan sebagai hero bagi seluruh rakyat Malaysia. Tatkala kita sedang enak diulik mimpi dirumah mereka berkampung di tengah jalan bagi memastikan kita semua selamat.

Sumber Facebook

Akhir kata, walaupun kelonggaran telah di umumkan oleh kerajaan, namun, tanggungjawab menjaga jarak dan memastikan diri sendiri selamat adalah tanggungjawab masing masing agar segala usaha selama 47 hari duduk diam dirumah tidaklah seperti mencurah air ke daun keladi.

Sumber : Facebook Negeri Sembilan Kini

7 COMMENTS

  1. Asalamualaikum…
    Saya sebagai rakyat malaysia amat berbanyak berterima kasih yang tidak ternilai allah yg membalasnya kepada KERAJAAN yang memerintah terutama Menteri menteri.. Pengarah dan juga Pasukan Keselamatan PDRM. ATM. KKM. RELA. APM Dan rakyat malaysia.Kita sama berdoa Allah lindunggi rakyat kita
    Seluruh dunia. Amin.
    HASSAN HAMZAH
    X-ATM – KRD – MIO (PERISIKAN)

  2. Jasa dan kesabaran para petugas hadapan negara. .tercatat dlm sejarah sebagai wira. dn wirawati..yg tiada tolok banding..demi bumi bertuah Malaysia..Kehebatan tuan tuan menjaga rakyat supaya dapat tidur lena..pasti dapat ganjaran..didunia oleh rakyat msia..di akhirat ..insyaAllah di berkati Allah..amiin..Tkasih tak terhingga wira..dan srikandi negara.

  3. Terima kasih petugas2 barisan hadapan jasa mu akan dikenang dalam lipatan sejarah malaysia baru bagi meraka yg gugur kita dokan semuga roh mereka dirahmati Allah semuga keluaga mereka tabah menghapi massa mendatang Amin

  4. Alhamdulillah…. Semoga pengorbanan yang di curahkan…oleh.anggota barisan hadapan kita….beroleh…balasan Dari yang maha ESA…BG kami rakyat Malaysia mengkagumi…Dan berterima kasih.yang tidak terhingga…kami doakan kesejahteraan Dan kebahagian disamping keluarga tersayang

  5. Semoga semua petugas barisan hadapan dilimpah rahmat diatas segala pengorbanan ini. Kesetiaan kepada tugas dan tanggungjawab adalah amanah ALLAH SWT kepada kita keikhlasan yang lahir dari niat dihati kita lillahi taala insyaallah segala galanya akan dibalas oleh pencipta kita. Terima kasih tidak terhingga kepada Dato’ KP KKM dan semua petugas KKM seluruh negara yang bersungguh sungguh menjalankan amanah demi untuk kesejateraan rakyat negara tercinta ini.
    Tidak lupa juga kepada Tan Sri Dato’ Seri Panglima ATM, Tan Sri Dato’ Seri Panglima TDM, Dato’ Tan Sri Panglima TLDM, Dato’ Sri Panglima TUDM dan semua warga ATM yang telah membantu KPN dan warga PDRM untuk menjalankan tugas sekatan jalanraya demi kesejahteraan rakyat negara tercinta ini.
    Saya amat bangga sekali kerana ATM dapat disatukan dengan PDRM dalam perlaksanaan tugas ini dengan tidak mengira apa tugas utama sebenarnya perkhidmatan, disaat kita diperlukan soal penugasan utama dapat diketepikan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta. Dalam penglihatan saya Alhamdulillah ATM dan PDRM dalam gabungan ini telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang semoga dirahmati ALLAH SWT hendaknya.
    Kepada Tan Sri Dato’ Seri Panglima KPN dan warga PDRM jutaan terima diatas segala pengorbanan demi untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air dalam menjalankan amanah imi turut terkorban anggota PDRM semasa menjalankan tugas sekatan dijalanraya, secara peribadi saya amat kesal dengan kejadian tersebut tambahan dibulan puasa tidak lama lagi kita akan merayakan Aidil Fitri bagaimana perasaan keluarga mereka, tapi kita harus menerimanya kerana ini semua adalah jua dalam perancangan ALLAH SWT untuk memberi kita seribu rahmat disebalik kejadian ini.
    Saya bagi pihak keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Kpl Safuan bin Muhammad Ismail dengan iringan doa semoga arwah ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman.
    Tidak lupa juga kepada KP Rela dan semua warga Rela yang terlibat dalam operasi ini dalam membantu PDRM. Sesungguhnya amalam kerjasama diantara perkhidmatan adalah amalam mulia berganding bahu bersama demi kebaikan bersama.
    Jika saya masih berkhidmat walaupun dah berpangkat Pegawai Waren Satu saya juga mohon untuk bersama sama PDRM bertugas dimana lokasi yang perlu saya memberi bantuan sebab saya suka melihat gabungan ini dalam mengeratkan silaturrahim antara perkhidmatan.
    Semoga segala pengorbanan bersama ini dapat kita satukan dimasa akan datang lagi jika diperlukan tanpa mengambil kira tugas keutamaan kita dalam membantu negara.
    Saya menyokong sekiranya setiap yang bertugas dalam waktu COVID 19 ini diberi penghargaan dengan sekeping sijil pengitirafan tugasan, diberi pingat khas negara dan sesiapa memiliki sijil dan pingat ini diberi sedikit imbuhan bulanan sepanjang hayat sekurang kurangnya sebulan RM100.00 buat masa ini. Sebagai menghargai pengorbanan yang telah diberikan demi untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air.
    Semoga pergorbanan ini akan diabadikan dalam sejarah negara. Selamat maju jaya.

  6. Kami akan sentiasa merindukan bayangan polis dan askar2 berkawal menjaga kawalan…..Jasa perjuangan anda dihargai…….Selamat Jalan wahai wiraku….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here