Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Teruk Jugak Kecderaan! Jebat Jayden Tersembam Muka Atas Tar, Buat Nabila Tak Senang Duduk

Kisah Sharnaaz Ahmad dan juga isteri, Noor Nabila Mohd Noor telah menjadi tumpuan peminat baru-baru ini. Berikutan kemelut yang melanda dalam rumah tangga mereka sehingga Nabila bertindak menfailkan pencraian mereka di mahkamah.

Menurut Sharnaaz dia tetap akan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina. Pelakon kacak berkenaan ada memberitahu, jika perpisahan tetap berlaku, ianya bukan datang dari pihak Sharnaaz.

Sehingga kini kisah mereka masih menjadi tanda peminat. Apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka berdua demi kasih sayang anak, iaitu Jebat Jayden Ahmad.

JEBAT JAYDEN TERSEMBAM ATAS TAR

Dalam perkembangan terbaru, difahamkan anak lelaki pasangan ini telah mengalami kecderaan di muka gara-gara terjatuh ketika bermain di hadapan rumah.

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Nabila menerusi entri Instagramnya pada beberapa jam yang lepas. Menurut Nabila, Jebat tersembam muka di atas tar di depan rumah yang mereka tinggal.

Ibu mana yang tidak terkejut apabila melihat kesan pada muka anak kesayangan. Apa pun ianya pengalaman untuk seorang anak agar lebih berhati-hati.

HANCUR HATI MELIHAT LUKA ANAK-NOOR NABILA
“My strong boy. Seronok punya lari. Jatuh tersembam muka kat jalan tar depan rumah. Adoii hancur hati mommy tengok ni tapi takpelah anak jantan kan.” Tulis Nabila.

Melihat kepada gambar yang dikongsikan Nabila, kesan kecderaan yang dialami boleh dikatakan teruk untuk kanak-kanak seusianya. Perkara seumpama ini dah jadi kebiasaan bagi budak yang dalam proses membesar.

Mereka perlu melalui momen-momen sebegini supaya mereka dapat belajar untuk membezakan perkara baik dan juga buruk.

SEMOGA JEBAT CEPAT SEMBUH-NETIZEN

Melihat kepada reaksi pengikutnya, rata-rata turut merasai pedihnya luka yang dialami Jebat. Maklum lah kulitnya yang masih lembut. Rata-rata mereka mendoakan agar Jebat kembali sembuh seperti sedia kala.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian di kala anak kecil sedang bermain. Tambah pula jika di tempat awam, kebarangkalian untuk terjadi insiden yang tidak diduga sangat tinggi.

Kongsi artikel ini: