Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tidak semena-mena kisah pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau selesa disapa Ogy menjadi bualan ramai. Gara-gara timbulnya isu bayaran bagi pementasan teater Komedi Korupsi Dewan Senandung.
Ramai artis yang terlibat dalam teater berkenaan tampil menuntut bayaran mereka yang difahamkan sudah lama tertunggak. Sebelum ini Ogy ada tampil menjelaskan sedang berusaha untuk membayar, cuma berdepan dengan sedikit masalah.
Kemelut ini dilihat semakin meruncing apabila difahamkan Ogy telah menyekat penggiat seni yang terlibat di media sosial setelah dia menerima pelbagai desakan sejak akhir-akhir ini.
Antara yang meluahkan hal ini adalah Mark Adam, Vicha, Man Raja Lawak, Khir Rahman, Aloy Paradoks, dan beberapa orang lagi yang terlibat. Masing-masing memuat naik status di Instagram meluahkan rasa kesal dengan tindakan Ogy sedemikian.
Memberi reaksi terhadap keadaan ini ialah Zarina Anjoulie. Anju yang pernah menjadi bahan dalam group telegram tempoh hari tampil memuat naik video memerli tindakan Ogy yang seakan lari dari membayar baki pada mereka yang terlibat dalam teater berkenaan.
Tidak terhenti di situ, Anju juga sempat memerli Azrul, salah seorang artis yang juga “berbunyi” dalam group telegram sebelum ni, turut tertipu dengan penerbit berkenaan (dimaksudkan Ogy).
Melihat kepada reaksi netizen, mereka seolah-olah menyokong kepada Anju. Jelas mereka, karma dah tiba bagi mereka yang suka menganiaya dan berfikiran buruk pada orang lain.
Keseluruhannya, jangan lah kita bergembira di atas kesempitan orang lain. Dalam bulan yang mulia ini, lebih baik kita mendoakan perkara yang baik dan semoga krisi Ogy dan rakan artis yang lain dapat diselesaikan.