Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dulu Ketua Keluarga Sahaja, Kemudian 2 Orang, Kini 4 Orang Dlm Satu Kereta Dibenarkan

Semakin hari, rakyat Negara kita diberi sedikit kelonggaran berkaitan batas pergerakan. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, hanya ketua rumah sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan.

MAKSIMUM EMPAT ORANG DIBENARKAN DALAM SATU KENDERAAN

Dalam perkembangan terbaru Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada membuat sidang media. Dia menjelaskan bahawa kenderaan persendirian kini dibenarkan membawa maksimum empat orang penumpang pada sesuatu masa.

Jangan cepat salah faham, kesemua penumpang yang dibenarkan itu adalah perlu dari kediaman atau ahli keluarga dari rumah yang sama yang ingin keluar sepanjang tempoh PKPB.

Sumber Facebook Bernama

Sudah pasti hal ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada sesetengah pihak yang mula kemaruk untuk keluar dari kediaman masing-masing. Maklum lah, sebelum wabak ini berlaku kita bebas untuk bergerak ke sana dan ke mari.

SEKTOR DIBENARKAN BEROPERASI PERLU PATUH PADA SOP

Seperti umum maklum, kerajaan baru sahaja isytihar PKPB berikutan ingin menyelamatkan ekonomi Negara. Bagi sektor yang dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya, suka diingatkan agar patuh dengan segala SOP dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.

Menjadi tanggungjawab kita bersama dalam menangani wabak ini dengan kekal menjaga jarak di kawasan awam, kerap membasuh tangan dan juga sentiasa memakai penutup muka.

RAKYAT MULA GUSAR PKPB TERLALU AWAL DILAKSANAKAN

Sejak PKPB ini diisytihar, masyarakat kita mula meluahkan rasa kebimbangan. Dengan pergerakan yang sedikit bebas mampu mencetuskan kluster-kluster baru dan bakal mengundang gelombang yang lebih besar.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia ada mengeluarkan kenyataan keperluan PKPB dilaksanakan. Ianya bagi mengelakkan ekonomi Malaysia menjadi lebih teruk lagi pada sebulan yang akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Bakal “Rugi Besar” Jika PKP Diteruskan! Ikuti Alasan KKM Punca Sektor Ekonomi Dibuka Semula

RAKYAT PERLU BERTANGGUNGJAWAB DENGAN DIRI SENDIRI

Ekonomi Negara antara perkara penting yang perlu dinilai. Jika Negara mengalami masalah kewangan, sudah pasti keperluan kesihatan rakyat dan gaji barisan hadapan turut terjejas. Malah menyukarkan lagi buat mereka untuk terus bekerja.

Mencegah lebih baik daripada merawat! Jadi sudah menjadi tanggungjawab rakyat bersama dalam kekal menjaga diri masing-masing. Tidak perlu untuk keluar dari rumah jika tiada keperluan.

Sama-sama kita doakan wabak ini kembali surut. Biasa kan diri dengan norm-norma hidup yang baru demi kesejahteraan bersama.

KREDIT VIDEO BERNAMA:

Kongsi artikel ini: