Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kumpulan muzik dari Negara jiran Indonesia iaitu Dewa 19 pernah menjadi kegilaan ramai pencinta muzik di Malaysia suatu ketika dahulu. Kumpulan muzik yang diketuai oleh Ahmad Dhani ditubuhkan sekitar 1986 lagi.
Laskar Cinta dan juga Sedang Ingin Bercinta antara lagu yang pernah meniti di bibir peminat pada tahun 2004.
MANTAN BASS DEWA 19 MENIGGAL DUNIA
Dalam perkembangan terbaru, berita duka menyelubungi kumpulan muzik Dewa 19 dan juga dunia seni Indonesia. Dikhabarkan bekas pemain bass kumpulan berkenaan iaitu Erwin Prasetya telah pun kembali Rahmatullah.
Dikhabarkan Erwin menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Asih, Ciputat pada jam 5 pagi tadi waktu tempatan. Sudah pasti berita ini mencetuskan emosi ahli kumpulan yang lain kerana Erwin salah seorang yang turut membangunkan kumpulan Dewa 19 selama ini.
Sehingga kini punca pemergian bass Dewa 19 masih menjadi tanda tanya. Ura-ura mengatakan bahawa Allahyarham mengalami pendrahan pada bahagian usus perutnya.
Dapat dilihat perkongsian rakan artis, rata-rata turut merasai kehilangan Erwin dan menyampaikan salam duka menerusi laman Instagram masing-masing.
Menurut media tempatan, difahamkan jenzah Erwin akan disembahyangkan di masjid berdekatan rumahnya dan dimakamkan di kompleks pemakamam keluarga TPU Keputih Surabaya, Jawa Timur pada petang ini.
Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka turut terkasima dengan perkhabaran ini. Berduka dengan berita tersebut, mereka menyampaikan salam takziah dan mendoakan agar Allahyarham di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sebagai rekod, selama Allahyarham bersama kumpula Dewa 19, dia sempat merakamkan 6 buah album. Kemudian tempatnya digantikan oleh mantan bass The Groove iaitu Yuke Sampurna.