Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ogy tidak perlu diperkatakan lagi. Nama sebenar pelakon veteran ini ialah Fauziah bt Ahmad Daud, dilahirkan pada 10 Oktober 1962 di Singapura. Penglibatannya dalam dunia seni hiburan sangat banyak.
Bermula dengan filem, drama, persembahan teater dan juga pengacaraan. Boleh dikatakan bagi apa sahaja tugasan, sudah pasti pelakon veteran ini dapat menjayakannya dengan baik sekali. Ogy antara salah seorang anak seni yang lantang bersuara dalam dunia hiburan.
Dalam perkembangan terbaru, nama Ogy hangat diperkatan umum setelah penulis skrip teater “Komedi Korupsi Dewan Senandung” iaitu Aloy Paradoks ada mendedahkan dia belum menerima bayaran tunggakan daripada penerbit, iaitu Ogy.
Biar pun pementasan teater tersebut sudah selesai sejak Mac yang lalu lagi, namun Ogy masih berdiam diri.
Setelah Aloy Paradoks ada memuat naik di laman Facebooknya berkaitan isu ini, Ogy akhirnya tampil mengakui perihal tunggakan bayaran.
Enggan menjadi terus melarat, Ogy memberitahu yang keadaannya sama macam manusia lain, tidak dapat lari daripada diuji sejak kebelakangan ini. Tambahan pula dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda, sedikit sebanyak telah mengganggunya.
Tambah Ogy lagi, dia selaku penerbit sedang berusaha untuk menyelesaikan bayaran baki terhadap Aloy Paradoks. Cuma keadaan sekarang tidak menyebelahi dirinya.
Dia memberitahu dia ada membuat bayaran sebanyak 30 peratus kepada Aloy dan juga Rayza Mukmin dan bukan lah tidak membayar langsung. Cuma selebihnya sedang diusahakan.
Ogy menegaskan bahawa dia langsung tidak menganggap mereka sebagai peminta sedekah. Bila disapa soal hutang, sudah semestinya ia wajib dibayar. Dalam pada itu lagi, kedua belah pihak masih belum bertemu untuk membincangkan isu ini.
Dengan keadaan semasa kini, masing-masing berhadapan dengan tempoh sukar. Sama-sama kita doakan agar kedua belah pihak dapat menyelesaikan cara baik.
Kredit: mStar Online