Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita dapat lihat ramai masyarakat yang mula terjejas. Yang bekerja, ada yang telah dipotong gaji, malangnya ada yang diberhentikan terus.
Dalam keadaan sebegini, banyak perniagaan dan perusahaan yang tidak dapat melaksanakan tugasan seperti kebiasaan dulu. Dan sebab itu lah ekonomi syarikat semakin mengucup saban hari dan kesannya adalah kepada pekerja mereka.
Bagi yang mengharapkan gaji harian, sudah pasti kehidupan mereka lebih terjejas. Langsung tiada simpanan dan hanya mengharapkan ihsan bantuan orang ramai semata-mata.
Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Nor ada berkongsikan kisah hidup seorang warga emas lelaki. Daripada perkongsian Mohd Nor tersebut, dapat disimpulkan bahawa warga emas berkenaan sangat layak diberi bantuan.
Warga emas tersebut dikenali sebagai Tok Wan kini berusia 74 tahun. Dia hidup sebatang kara tanpa memiliki anak isteri atau pun ahli keluarga. Dikhabarkan Tok Wan yang bekerja di kuari pasir sebelum ini hilang punca pendapatan sejak awal tahun.
Sebelum pelaksanaan PKP, sekurang-kurangnya Tok Wan mampu untuk meraih sekitar RM350 sebulan.
Dalam menghadapi ujian PKP, Mohd Nor memberitahu yang Tok Wan kini hanya menumpang di rumah yang disediakan oleh majikannya.
Melihat kepada perkongsian orang awam, siapa yang sudi menghulurkan bantuan boleh mencari Tok Wan di Kampung Perak, berdekatan tokong cina.
Rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan kasihan mengenangkan nasib Tok Wan yang sudah pun berumur. Dikala rakan seusia dengannya sedang berehat dan bermain dengan cucu, dia masih lagi berjuang dengan ekonomi untuk terus hidup.
Tambah Mohd Nor, dia menyeru orang ramai turut sama membantu Tok Wan dengan kadar kemampuan masing-masing. Lagi pula Tok Wan sememangnya layak diberi perhatian oleh pihak berwajib.
Konklusinya, dengan perkongsian sebegini banyak memberi pengajaran kepada masyarakat kita. Mungkin selama ini kita leka dengan kehidupan masing-masing tanpa merasai susahnya hidup orang lain di luar sana.
Semoga Tok Wan bertemu dengan insan yang baik hati dalam membantunya dan dimurahkan rezeki kelak.