Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Nasib Baik Isteri Berkeras! Acong Sweet Child Dibawa Ke Hospital, Terus Dikejarkan Ke “Zon Kuning”. Ini Puncanya

Nama Acong lebih cenderung kepada bidang lakonan dan juga rancangan lawak. Mungkin generasi muda tidak tahu yang Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat bermula kariernya sebagai penyanyi.

Dia memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan muzik Sweet Child yang ditubuhkan pada tahun 1995 lagi. Antara lagu top mereka yang sering menjadi kegemaran kaki karaoke adalah Tinggal Sayang Tinggal Lah Pujaan dan Mainan Perkasihanmu.

Rezeki ke arah lakonan menyebabkan penyanyi ini dilihat lebih aktif berlakon berbanding bidang asal yang diceburinya.

ACONG SWEETCHILD DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Dalam perkembangan terbaru, dikhabarkan Acong telah dimasukkan ke Hospital Ampang pada petang semalam. Yang lebih mengejutkan ramai apabila dia dibawa ke zon kuning.

Ini berikutan hasil ujian menunjukkan tekanan darahnya terlalu tinggi dan boleh mendatangkan kemudaratan buat penyanyi berkenaan.

Hal ini disahkan sendiri oleh isterinya, Marya Zuraida. Awalnya Acong mengadu sakit kepala lalu Marya terus bergegas membawanya ke klinik. Kejadian berlaku kebetulan mereka dalam perjalanan pulang dari Astro, berkaitan rakaman “throwback Gegar Vaganza”.

 

IKUTKAN ACONG NAK TELAN PANADOL SAHAJA

Ikutkan Acong, dia hanya mahu balik ke rumah dan telan Panadol sahaja. Selepas di bawa ke klinik, doktor telah membuat rujukan supaya Acong ke bahagian kcemasan Hospital Ampang disebabkan tekanan darahnya yang tinggi.

Selepas beberapa ketika di zon kuning, baru lah Acong dipindahkan ke wad biasa selepas tekanan darah kembali normal. Pemeriksaan awal tekanan darah Acong lebih daripa 250 dan hasil pemantauan doktor ianya turun kepada 123.

Nasib baik Marya berkeras untuk membawa suaminya ke klinik. Kemungkinan perkara lain boleh terjadi jika tekanan terlalu tinggi dan tanpa pengambilan ubat.

ASYIK SAKIT KEPALA SEJAK AKHIR-AKHIR INI

Jelas Marya, sejak kebelakangan ini suaminya asyik mengadu sakit kepala. Bila dah tahu hal ini menjadi peringatan buat mereka agar lebih berhati-hati kelak.

Marya memohon para peminat agar mendoakan kesihatan yang baik buat Acong. Untuk masa ini, Acong berada dalam keadaan terkawal dan cuma memerlukan rehat yang cukup.

Kesimpulannya, soal kesihatan jangan dipandang remeh. Aktiviti seharian dan juga corak permakanan dewasa kini sangat mempengaruhi tubuh badan. Jadi sentiasa lah kekal cergas dan melakukan aktiviti sihat.

Kongsi artikel ini: