Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bkn Kali Pertama Terjadi Isu Ciplak! Ikuti Kenyataan Alicia Amin, Seru Rakan Model “Boikot” Vivy Yusof

Sebelum ini penulis ada kongsikan kisah berkaitan usahawan wanita terkenal dan tidak asing lagi di Negara kita iaitu Vivy Yusof berikutan produk terbaru tudungnya di bawah jenama dUCk didakwa hasil ciplak dari jenama lain.

Hal tersebut didedahkan sendiri oleh seorang personaliti dan juga model, Sleepylllama yang mengatakan konsep terbaru yang dibawakan Vivy hampir sama dengan corak tudung yang pernah dia lancarkan dahulu, dikenali sebagai Soonaru.

Vivy tidak hanya mendiamkan diri dan tampil menafikan dakwaan tersebut. Dia turut menekankan bahawa dUCk tidak sesekali mengambil atau menciplak karya orang lain.

Sumber Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Lancar Tudung Baru Musim PKP! Dah Kering Idea, Vivy Yusof Didakwa “Tiru” Pattern Jenama Lain Cetus Buah Mulut Ramai

ALICIA AMIN TURUT LUAH RASA

Topik ini menjadi hangat dan perhatian warga peminat fesyen terutamanya. Ada yang mengatakan perkara ini bukan lah pertama kali terjadi. Secara tidak langsung, model terkenal Alicia Amin turut meluahkan rasa kurang senang dengan isu terbabit.

Melihat kepada perkongsian model sensasii ini di ruangan IG story miliknya, dia menyeru agar rakan model yang lain menolak serta tidak menerima apa-apa tawaran daripada Vivy Yusof. Ianya sebagai tanda menyokong perjuangan buat SleepyIllama.

Sumber Instagram
SERING KALI TERJADI DAN BUKANNYA PERTAMA KALI

Jelas Alicia, isu ini bukan lah seperti tidak disengajakan bahkan sering sahaja terjadi. Biar pun Vivy menjelaskan bahawa dia mengambil berat soal jenama kecil, tetapi itu bukan lah penghalang untuk dia mengambil idea orang lain.

Di samping itu, Alicia mendakwa yang Vivy turut “main harga” dengan para model bagi kerja pergambaran dengan alasan tidak ada peruntukan.

Sumber Instagram

Bukan itu sahaja, Alicia turut berpandangan bahawa tema dan juga photoshoot antara Vivy dan SleepyIllama hampir sama dan boleh dikatakan tiada aura baru pun. Sedangkan jika di google, banyak lagi cara untuk mempersembahkan art studio.

Apa pun semoga kedua belah pihak antara Vivy dan SleepyIllama dapat menemui kata sepakat dan selesai cara baik. Maklum lah dunia perniagaan di Malaysia ni bukan lah besar mana. Masing-masing berkongsi platform yang sama untuk pemasaran produk.

Kongsi artikel ini: