Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Alaa, Kiut Sangat Ni! Keletah Adik Ainul “Sembang” Dgn Si Nenek Curi Tumpuan Netizen

Masih ingat dengan adik Ainul Mardhiah? Kanak-kanak cilik yang pernah menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia dengan ketumbuhan yang dialami pada bahagian mulut.

Pada awalnya ramai yang tidak menyangka bahawa si cilik ini mampu untuk menanggung beban sedemikian.

Setelah diberi pencerahan dan penerangan oleh pakar, ahirnya ibu bapa adik Ainul akur untuk membawa anak kesayangan mereka menjalani pembedhan di luar Negara.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan adik Ainul dilihat semakin aktif berbanding dulu. Tidak dinafikan ramai antara kita ternanti-nanti dengan perkhabaran dan perkembangan terbaru si cilik ini.

DAH PANDAI BERINTERAKSI, BUAT RAMAI GERAM

Menurut perkongsian ayahnya, Ahmad Safiuddin melalui Facebook pada beberapa jam lepas sekali lagi membuatkan ramai berasa geram dengan gelagat Ainul.

Safiuddin telah memuat naik gambar yang mana Ainul sedang meluangkan masa bersama neneknya di bahagian luar rumah. Dari raut wajah, terpancar rasa lega dan gembiranya si cilik berkenaan apabila dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Sumber Facebook
Sumber Facebook
Sumber Facebook
Sumber Facebook

Menurut Safiuddin, anaknya itu akan bangun awal pagi lebih kurang 7 pagi semata-mata untuk bermain. Tambahnya, Ainul seimbang dari segi masa bermain dan juga waktu rehat. 12 jam untuk tidur dan 12 jam lagi untuk bermain.

“Gelagat Ainul bersama nenek di awal pagi. “Rutin ainul setiap hari akan tidur pukul 7 malam sehingga 7 pagi. Ainul akan tidur 12 jam dan celik juga selama 12 jam.”
TERJAGA PUN KALAU BUANG AIR BESAR
“Jarang waktu tidurnya dia akan terjaga kecuali buang air besar atau lain-lain. Siang memang ainul tak akan tidur langsung. Ya, kalau bangun 7 pagi, dari 7 pagi sampai 7 malam dia main, dia kacau orang, dia sakat orang suruh dokong dia, kalau tidak dia nangis.”
“Antara foto yang sempat dirakam hari ini.” Kongsi Safiuddin kepada orang ramai.
Sumber Facebook
Melihat kepada reaksi netizen, mereka turut gembira melihat keadaan adik Ainul yang semakin aktif dan sihat kini. Mereka sempat memuji kecomelan keletah Ainul yang semakin pandai berinteraksi.
Antara komen netizen
Antara komen netizen
Tiada penyakit yang tidak mempunyai penawar. Jadi tetap lah berusaha selagi berdaya dan sentiasa panjatkan doa agar sentiasa diberi kesihatan. Semoga adik Ainul membesar dengan sihat seperti mana kanak-kanak sebayanya yang lain.
Kongsi artikel ini: