Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Rasa Mcm Pergi KLCC! Teruja Dapat Keluar Berdua, Nora Danish Titip Terima Kasih Pada Perdana Menteri

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun memasuki fasa ke empat. Sepanjang tempoh ini, kita dapat lihat perubahan besar dalam kehidupan seharian masyarakat. Sebelumnya, jalan raya penuh sesak dengan urusan rakyat yang sibuk ke tempat kerja.

Namun dengan pelaksanaan PKP, rata rata hanya menghabiskan masa duduk di rumah. Hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar, itu pun sekadar untuk membeli barangan keperluan dapur.

KETUA KELUARGA DIBENARKAN MEMBAWA SEORANG AHLI KELUARGA

Berita baik untuk rakyat Malaysia apabila semalam kerajaan telah memberi kelonggaran di mana sesebuah keluarga dibenarkan untuk keluar berdua untuk membeli keperluan sepanjang PKP fasa ke empat.

Dengan kelonggaran ini sudah pasti memudahkan lagi urusan ketua keluarga yang sebelum ini janggal dan berdepan masalah dalam memilih barangan.

Antara yang terkesan dengan perintah terbaru dari kerajaan tersebut adalah pelakon cantik tanah air iaitu Nora Danish. Menurut perkongsiannya di laman Instagram, dia meluahkan rasa sangat gembira apabila dapat keluar setelah lama terkurung di rumah.

NORA DANISH TERUJA DAPAT KELUAR RUMAH

Dapat dilihat keterujaan Nora apabila dapat menemani sang suami, Nedim Nazri dalam membeli keperluan dapur mereka. Biar pun keluar semata mata membeli barang dapur, Nora dilihat tampil cantik dengan mengenakan jubah dan juga selendang hitam.

“Bila kerajaan dah Bagi kelonggaran boleh keluar berdua. Ya Allah seronoknya rasa. Walaupun beli barang dapur. Thank u PM.” Luah teruja Nora.

KELUAR BELI BARANG DAPUR DAH MACAM PERGI KLCC

Melihat kepada reaksi pengikutnya, rata rata mereka turut teruja dengan pengumuman baru dari kerajaan yang mana meringankan sedikit urusan seharian. Ada yang berkongsikan rasa puas bila sesekali dapat menghirup udara luar, perasaan dah macam jalan jalan di KLCC.

Secara keseluruhannya, tempoh PKP ini banyak mengajar masyarakat sesuatu perkara baru yang dikenali sebagai new norm life. Dahulunya kita bebas bergerak tanpa menjaga kebersihan namun kini tidak lagi.

Kita tidak tahu dan tidak nampak individu individu yang berkemungkinan yang boleh menyebarkan penyakit kepada kita. Jadi kekalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga kebersihan sentiasa.

Kongsi artikel ini: