Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak PKP yang dikuatkuasa oleh kerajaan bermula 18 Mac 2020 bermacam macam cerita yang hangat menjadi perhatian netizen. Ada yang dengan kerja amal dilakukan ada juga yang melanggar PKP dan yang paling kontroversi adalah apabila artis sesame sendiri menyakitkan hati mereka.
Terbaru, nama Ustaz Abu Syafiq sangat terkenal di media sosial dengan kata yang tidak sedap didengar dilemparkan oleh netizen bagi isu mengenai pertikaiannya terhadap kerja amal dan sumbangan yang telah giat dilakukan oleh UStaz Ebit Lew kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.
Dalam masa itu, pelbagai persepsi yang kurang baik telah dibuat oleh netizen kepad individu yang kononnya menggelarkan dirinya sebagai Ustaz.
Respond bukan sahaja daripada netizen malah ada daripada golongan pengkarya seni yang memberi kritikan. Susulan hal tersebut, seorang pelakon lelaki yang sangat popular dengan watak Usop Wilcha telah tampil embuat satu posting di laman twitter demi menunjukkan dirinya tidak menyokong perbuatan Ustaz Abu Syafiw terhadap Ustaz Ebit Lew itu.
Pelakon yang membawa watak Usop di dalam filem meletup Hantu Kak Limah ini meminta izin dan pendapat terhadap Polis Diraja Malaysia jika dirinya boleh meludah dan membaling individu yang didalam gambar yang dimuat naik itu.
Gambar individu yang dimuat naik itu adalah sangat jelas merupakan gambar Ustaz Abu Syafiq. Jelasnya lagi dia berasa sangat tidak menyokong dengan kenyataan terbuka yang dibuat Ustaz Abu Syafiq di media sosial sebelum ini.
Perkara ini telah mendapat perhatian netizen yang memberi respond yang sangat menyokong perbuatan itu. Tweet yang di post oleh Usop itu telah mendapat kicauan sebanyak 200 dan like sebanyak 300 setakat waktu ini.
Rata rata respond netizen itu membuatkan penulis geli hati dan mengimbau kembali watak di dalam Hantu Kak Limah itu. Walaupun itu hanya sekadar kongsian tetapi posting itu meluahkan rasa kesal Usop Wilcha terhadap ramai individu yang semakin berani membuat kenyataan terbuka di laman sosial dan memberi impak tidak baik kepada semua.
Sumber : Twitter Usop Wilcha