Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hidup Sekangkang Kera! Ibu Tunggal dan 4 anak kecil tak pernah mengeluh berteduh di rumah umpama stor

Setiap individu mempunyai kesusahan yang tersendiri yang mesti dihadapi dalam kehidupan eharian. Ada yang berasa susah kerana tak dapat keluar berjalan jalan bersama anak di taman sepanjang tempoh PKP ini, tapi tahukah kita ada yang susah untuk mendapatkan sesuap nasi demi meneruskan hidup.

BACA : Nasib tak baik! Anak muda OKU muallaf hidup sendiri di bangsal tak berdinding mendapat perhatian Ebit Lew

Sepanjang tempoh PKP yang berlalu sudah pun 40 hari ini banyak kisah kisah rakyat yang golongan tidak bernasib baik muncul di media sosial dengan keprihatinan individu yang menolong. Masih ramai yang tidak mempunyai tempat tinggal untuk berteduh.

KAT SITU LAH TEMPAT TIDUR, SITU LAH TEMPAT MAIN, SITU JUGA TEMPAT MAKAN

Melalui satu posting yang sangat menyayat hati daripada wanita prihatin yang dikenali sebagai Cikgu Zura ini mendapat banyak perhatian warganet di laman Facebook. Posting ini mengisahkan seorang ibu tunggal yang mempunyai anak kecil 4 orang yang hanya tinggal di sebuah rumah atau lebih sesuai dipanggil bilik.

Sumber Facebook

Cikgu Zura telah memuat naik beberapa keping gambar keadaan rumah tersebut yang dikatakan lagi besar keluasan jika dibandingkan dengan bilik anak daranya. Menurut Cikgu Zura tempat itulah ibu tunggal dan 4 orang anaknya tinggal.

Sumber Facebook

Kelihatan ruang memasak dan juga sekeping tikar dimana disitulah mereka sekeluarga berteduh. Makan, tidur, bermain dan juga menunaikan ibadah di tempat yang sempit itu demi kelangsungan hidup. Mereka tidak mempunyai peralatan seperti peti ais dan juga rak baju. Hanya kelihatan baju dilipat dan disusun di atas lantai.

Sumber Facebook

KERJA DI TEMPAT PEMPROSESAN GETAH

Ibu tunggal ini masih muda dan masih lagi memerah keringat tanpa meminta bantuan sekekliling demi sesuap nasi anak anaknya, dia kini berkerja di tempat pemprosessan getah berdekatan kawasan rumahnya.

Tambahnya lagi, ibu tunggal ini hanya mengayuh basih bermula jam 7.30 pagi dan hanya pulang pada pukul 4 petang untuk mencari sedikit rezeki. Walaubagaimanapun menurut Cikgu Zura, anak anaknya ini sangat bijak kerana masing masing menjaga diri dengan baik.

Anak perempuan suung merupakan darjah 5 dan menjaga adik adik yang masih kecil. Pandai menguruskan adik adik dan juga menjaga solat. Tambahnya lagi, adik adik ini boleh memasak nasi sendiri demi menunggu ibunya pulang bekerja.

Sumber Facebook
Sumber Facebook

Dengan ini Cikgu Zura yang prihatin ini mengajak netizen untuk sama sama membantu memberi sedikit keperluan hidup untuk meringankan beban ibu tunggal ini dan juga 4 orang anaknya yang masih lagi kecil.

Sumber : Cikgu Zura 

Kongsi artikel ini: