Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dr Noor Hisham & Saintis Malaysia Diberi Penghargaan Badan Penyelidikan Dunia! Rakyat Luah Rasa Bangga

Sejak krisis wabak Covid 19, nama figura ini mula terkenal mengalahkan selebriti. Kerap kali mucul di kaca televisyen setiap hari untuk mengumumkan perkembangan semasa status jangkitan di negara kita.

Dia ialah Dato’ Seri Noor Hisham Abdullah, merupakan seorang pakar bedah dan juga Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Dia mula menjawat jawatan tersebut pada tahun 2013 setelah menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Kredibiliti Dr Noor Hisham boleh dikatakan telah mengharumkan nama negara apabila mendapat pengiktirafan dari negara luar. Baru baru ini dia telah dinamakan sebagai tiga doktor terbaik menangani pandemik Covid 19 oleh media TV China.

DR NOOR HISHAM DAPAT PENGHARGAAN DARI DNDi

Dan dalam perkembangan terbaru, badan penyelidik dunia yang dikenali sebagai Drugg for Neglected Diseases Initiatibve (DNDi) pula menzahirkan penghargaan buat Ketua Pengarah Kesihatan negara kita ini.

Sebagai rekod, DNDi ini merupakan satu organisasi bukan keuntungan yang mana bertindak dalam menjalankan kajian ke atas membangunkan rawatan baru untuk penyakit terabai.

Dalam perkongsian DNDi, mereka mengucapkan terima kasih kepada Dr Noor Hisham di atas sumbangannya dalam penyelidikan berkaitan Covid 19 yang sedang dibangunkan di Malaysia.

SEMOGA PEYELIDIKAN DI MALAYSIA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA
“Terima kasih banyak Noor Hisham Abdullah kerana membawa sokongan dan kepakaran anda ke Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19. Data penyelidikan dan pengalaman saintis di Malaysia akan memberi manfaat kepada semua. Bersama-sama, kita dapat mengalahkan # COVID19.” Tulis DNDi.
“Kementerian Kesihatan Malaysia dengan bangganya turut serta dalam gabungan ini untuk mencari jalan penyelesaian yang akan memberi manfaat kepada kita semua. Kita menghadapi ancaman global yang sangat mencabar dengan COVID-19 dan seluruh kehidupan kita akan terjejas,” komentar Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia.
RAKYAT MALYSIA TURUT BERASA BANGGA

Sudah pasti dengan ucapan penghargaan dari DNDi ini bukan sahaja untuk Dr Noor Hisham, malah seluruh rakyat Malaysia berasa sangat bangga. Memiliki seorang ketua kesihatan yang cekap di barisan hadapan dalam mengatasi pandemik Covid 19.

Lihat sahaja reaksi warganet, rata rata mereka mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham dan memberi sokongan penuh kepadanya.

Apa pun pengiktifan yang diterima, diharapkan kita jangan cepat leka. Sama sama doakan agar wabak ini dapat diatasi dengan jayanya.

Kongsi artikel ini: