Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dugaan Work From Home! Wanita Kongsi Keadaan Rumah Bagai “Dilanda Garuda” Sepanjang PKP Sambil Jaga Anak

Bagi sesetengah pihak, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini merupakan masa untuk berehat dan juga hilangkan stress kerja. Hanya kerja dari rumah sahaja, hujung bulan dah masuk gaji. Alangkah indahnya suasana sebegini.

Namun tidak semua alami nasib dan keadaan yang sama. Work from home sebenarnya ada tekanan tersendiri yang mungkin kita terlepas pandang sebelumnya. Lebih lebih lagi jika mempunyai anak kecil yang perlu diberi perhatian agar tidak berlakunya gangguan semasa bekerja.

BUKAN SEMUA ORANG BOLEH GOYANG KAKI MASA PKP

Tambahan pula jika si kecil adalah dari kalangan kurang upaya ataupun autism. Sudah pasti tumpuan lebih perlu dikenakan ke atas mereka. Di kala ini lah kesabaran ibu bapa diuji dalam berdepan banyak perkara berkaitan tanggungjawab.

Keadaan ini lah yang terpaksa dilalui oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurul Jannah Johari apabila dia diuji dengan keadaan rumah yang sangat tidak terkawal. Dia berkongsikan keadaan rumahnya seakan dilanda ribut gara gara anaknya.

“Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Betul2 menguji lagi kali nie. Kali yg ke berape ratus kali pun xtaw. But dis time sampai 3 tmpt mcm di landa Garuda.”
“Anak syurga saya tak tidur semalaman. So, around 7AM tadi die dan adiknya baru tidor. Adik die girl ukur 3yo and die umur 5yo. Since saye pun tak tido semalaman. Lepas Subuh tadi, saye terlelap.”
DAPUR DAH JADI MACAM SALJI
“Tiba2 dalam kol 10AM, saye di kejutkan dgn bunyik hempasan bidai dlm bilik. Rupenye 2 org anak bertuah nie dah bangun. Si Adik minta susu. Saye bangun and keluar bilik terkejut sebab bende pertama nampak bilik tetamu.”

“Allah. Tuhan je tahu. Mmg histeria terus. Pusing je tgk dapur dah macam salji. Habis beras 1 tong. Then bilik opis. Habis sepah. 3 tempat dalam 1 mase and this is new.”
“Then saye masuk bilik cari HP. X jmpe. Dalam hati dah panik dah. Allah. Jangan lah jahanam HP aku. Tanye si Abang. Die tunjuk. Dalam tong beras rupenye and basah!”
SAMPAI SEKARANG MASIH TAK SIAP BERKEMAS
“Terus ON hair dryer and dry Kan HP. Alhamdulillah. Boleh On tpi speaker pecah2. Memang dah rase nak cekik je budak2 nie. Dah macam nak gila dah. Heret dedua masuk bilik air. Rupenye. Dedua poopoo and dats why dieorg bangun.”

“Now. Still tak kemas lagi. Tengah bertenang and paksa budak berdua nie tido. Sebab nak kemas dalam keadaan aman.”
“PKP dah masuk Fasa 4. Anak syurga saya yg ASD, hyper gile. Dah mula buat bukan2. Doakan saya parents. Doakan saya KUAT menahan amarah. Kuat dengan setiap dugaan Allah. Hanya parents dlm nie je paham. Kalau org luar. Di kate nya saye tak reti ajar anak. Tapi saya tak kisah ape org kata. Saye cube pohon secebis doa dari kalian. Semoga saye terus kuat dan kuat. Amin.” Luah panjang Puan Jannah.

Kesimpulannya, mungkin selama ini sebagai ibu bapa kita tidak berasa terkesan dengan anak anak kerana tanggungjawab diserahkan kepada pengasuh. Bila timbul keadaan sebegini baru lah masing masing buka mata bukan mudah untuk mengawal anak sendiri.

Penulis doakan agar Puan Jannah terus kuat dalam menjaga anak syurganya. Ini adalah pengalaman agar dia terus kuat dalam mengawal situasi.

Kongsi artikel ini: